GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju

Tak jauh dari bandar Mukah, kami memandu sekitar satu jam lagi menuju ke Pekan Dalat. Misi kami untuk meneruskan penggambaran travelogue. Mengejutkan MrJocko sebab Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju yang jarang sekali kami lihat di semenanjung. Menarik di sini, ia dimainkan disebuah sungai yang tidak la besar.

Deruan bunyi enjin bot laju ini memang bising. Dari jauh memang sudah kedengaran bot ini melalui Sungai Oya, salah satu sungai yang berdekatan dengan pekan Dalat.

Bot Laju di Pekan Dalat

 

Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju

 

Sebenarnya MrJocko membuat rakaman untuk episod terakhir bagi travelogue Nota Kembara Bersama MrJocko bersama Crew Gemersik Production dan Luncai Emas. Tetapi, kami dikejutkan dengan kelajuan bot laju ini, walaupun kecil tetapi berdesup melalui sungai Oya melintasi tebing pekan Dalat.

Beberapa bot laju kecil nampaknya sedang membuat latihan. Katanya beberapa hari kemudian akan ada pertandingan bot laju di Pekan Dalat. Dan, kalau ada pertandingan bot laju di Sarawak, ia memang akan meriah dan menjadi pesta yang ditunggu-tunggu.

 

Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju

Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju

Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju Kembara Ke Pekan Dalat Sarawak Ada Sukan Bot Laju

 

Rupanya, pekan kecil seperti Dalat Sarawak ini pun ada keunikkan tersendiri. Banyak perkara dan tempat menarik sebenarnya ada di Dalat. Kena explore sikit dan anda akan rasa kemeriahan melancong ke Sarawak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.