GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

LEGO Sedang Mencari Bakat Bakal Pereka Mainan LEGO

Berita terbaik sepanjang 2017 yang pasti akan menggembirakan semua ibu bapa di Malaysia!  Tahukah anda, bahawa anak anda bakal menjadi bintang seterusnya dalam arena antarabangsa?  Di seluruh dunia, LEGO sedang mencari bakat bakal pereka mainan LEGO untuk bekerjasama dalam menghasilkan set mainan LEGO Friends yang baru. 

Jika anak anda mempunyai idea pemikiran yang kreatif untuk direka sebagai tempat yang bersosial yang baru di Heartlake City, LEGO bersedia untuk datang melihatnya.  Dan, berita yang paling mengujakan, mainan rekaan anak anda akan dikeluarkan secara besar-besaran dan dijual di semua gedung Toys “R” Us di seluruh dunia, berserta anak patung kecil tersendiri yang menyerupainya! 

Peraduan Pereka LEGO Friends ialah cabaran pencarian orang ramai bagi global LEGO yang pertama sepertinya diadakan sempena perayaan ulang tahun ke-5 LEGO Friends.  Kerjasama antara LEGO dan Toys “R” Us ini mengajak kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun untuk mereka dan membina model konsep masa depan untuk LEGO Friends. 

 

LEGO Sedang Mencari Bakat Bakal Pereka Mainan LEGO

 

LEGO Sedang Mencari Bakat Bakal Pereka Mainan LEGO

Diperkenalkan pada 2012, LEGO Friends adalah rangkaian produk yang direka khususnya untuk kanak-kanak perempuan.  Temanya berkisar pada kehidupan sehari-hari dan personaliti lima sahabat karib di sebuah bandar khayalan yang dinamakan Heartlake City.  Setiap seorang daripada lima sahabat karib ini iaitu Olivia, Mia, Andrea, Stephanie dan Emma – mempunyai personaliti yang tersendiri dan minat yang berlainan sama sekali, seperti minat kepada binatang, seni persembahan, ciptaan dan rekaan – yang kesemuanya diperlihatkan dalam model. 

Lego menyeru ibu bapa untuk memberi galakan dan inspirasi kepada anak mereka untuk menambah sentuhan unik kepada bandar ikon Heartlake City dengan mereka tempat tumpuan sosial seterusnya, di mana anak mereka boleh berkongsi detik-detik persahabatan dengan lima sahabat karib ini.

Hanya satu idea akan dipilih dan dijadikan model sebenar untuk set mainan LEGO Friends dan dijual di gedung Toys R Us di seluruh dunia.  Pemenang hadiah utama untuk peraduan ini akan mendapat peluang untuk melawat ibu pejabat LEGO di Billund, Denmark dan menjadi pereka LEGO Friends, yang akan menyertai setiap langkah dalam proses rekaan model akhir yang akan dijual di seluruh dunia. Pemenang juga akan dipaparkan sebagai salah satu anak patung kecil dalam model akhir. 

Untuk menyertai peraduan, hanya ikut tiga langkah mudah ini – muat naik empat gambar yang menunjukkan rekaan model dari empat sudut berlainan, beri tajuk yang kreatif dan sertakan keterangan pendek untuk menjelaskan inspirasi di sebalik hasil ciptaan.  Semua penyertaan hendaklah dikemukakan oleh ibu bapa kanak-kanak di laman Facebook melalui aplikasi LEGO Facebook yang terdapat di http://www.LEGO.build/FriendsDesigner sebelum tarikh tutup 28hb Februari 2017.

Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia, berkata: “kami dengan sukacitanya mengumumkan peraduan pencarian orang ramai pertama kami dengan kerjasama Toys “R” Us.  Sempena perayaan ulang tahun kelima LEGO Friends, kami berharap untuk memberi peluang sekali seumur hidup kepada kanak-kanak di seluruh dunia untuk menghidupkan imaginasi mereka. Di LEGO, kami sentiasa memberi inspirasi untuk menghidupkan imaginasi dan mencungkil kreativiti pembina masa depan.  Peraduan ini menawarkan platform untuk  setiap kanak-kanak menjadi sebahagian daripada ciptaan LEGO Friends dan menyerlahkan bakat mereka.”

Cik Carol Chua, Pengurus Negara untuk Toys R Us Malaysia, berkata: “Kami amat teruja untuk berganding bahu dengan LEGO untuk menyokong peraduan pencarian orang ramai global yang pertama untuk kanak-kanak.  Di Toys “R” Us, kami bersungguh-sungguh memupuk dan merangsang daya imaginasi setiap kanak-kanak dan peraduan Pereka LEGO Friends yang unik ini adalah peluang baru dan inovatif untuk mencungkil bakat kreatif setiap kanak-kanak.”  

Untuk membaca peraturan dan garis panduan lengkap peraduan LEGO Sedang Mencari Bakat Bakal Pereka Mainan LEGO, sila ke laman: LEGO.build/FriendsDesigner

Untuk melihat video/gambar kempen, sila ke: 

 https://fileshare.corp.lego.com/t/08bj303h

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.