Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang Mana Satu Original?

Hits: 517

Alang-alang dah sampai Pulau Pinang, kami nak cuba menu terkenal di sini iaitu Nasi Kandar. Antara yang paling famous ialah Nasi Kandar. Sebab itu, kami sekeluarga mencari Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang. Persoalannya, ada banyak restoran Nasi Kandar. Yang Mana Satu Nasi Kandar Line Clear Original?

Kami tak pusing jauh, sekadar drive beberapa kilometer dari Tune Hotel Penang dan sampai di ruang parkir Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang. Mungkin ini restorannya?

 

Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang

 

Memandangkan malas nak cari restoran lain, kami singgah anak-beranak untuk makan tengahari di Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang. Apa yang MrJocko ambik ialah Nasi Kandar lauk Daging, Kambing, Telur Masin dan juga sayur.

Harga untuk kesemuanya termasuk air cuma RM38.00 sahaja. Murah kan???

Bagi MrJocko yang bukan peminat tegar masakan Nasi Kandar Pulau Pinang, rasa untuk yang kami makan memang sudah okay. Baik rasa nasi dan juga lauk, tambah-tambah rasa daging kambing agak sedap. Ayam Goreng yang kami ambik juga boleh tahan. Kombinasi rasa kuah campur, kuah kari, kuah hitam dan juga kuah ikan memang boleh di makan. Tak la rasa hampas.

MrJocko rasa okay, wife MrJocko makan daging kambing pun okay, anak-anak makan nasi kandar pun okay. Overall memang okay. Berbaloi untuk makan. 

Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau PinangRestoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang Restoran Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang

 

 

Ada member yang selalu ke Penang dan juga rakan yang asal dari Penang akan beritahu supaya cuba menu Nasi Kandar lain jika ke sana. Itu biasa. Mungkin sebab mereka sudah biasa makan Nasi Kandar Line Clear dan dah jumpa lokasi kedai makan lain yang lebih sedap berbanding Nasi Kandar Line Clear.

Kalau anda memang kaki yang gila makan Nasi Kandar, mesti tahu lokasi restoran nasi kandar paling sedap di Pulau Pinang kan?

Masa nak pulang, sempat tanya kepada Tauke kedai Nasi Kandar Line Clear Penang.

“Uncle, sana Kuala Lumpur ada satu Nasi Kandar Line Clear. Itu cawangan kedai Uncle juga ka?” saya bertanya.

“Bukan. Kami tiada cawangan. Hanya ada satu kedai ini sahaja” sambil dia senyum.

So, mana satu kedai Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang yang original ni???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.