GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan

Nota Kembara Bersama MrJocko terbang lagi. Kali ini dari Sabah, kami terbang ke Sarawak. Destinasi kami ke Sematan untuk menemui warga penduduk di sana. Yang akan kami cari, Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan. Kawasan ini punyai ramai penduduk suku kaum Bidayuh terutamanya Suku Kaum Bidayuh Selako.

Dari Kuching, kami terus ke Samatan. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit ini memang agak memenatkan. Tetapi, kami puas bila dapat bertemu dengan rakan-rakan dari Suku Kaum Bidayuh Selako di Sematan dan Lundu.

Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako

Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan

 

 

Kami disambut mesra oleh keluarga Ketua Adat masyarakat Bidayuh Selako di sini. Mereka begitu gembira menerima kedatangan kami. MrJocko dan Crew diraikan dengan tarian tradisional mereka dengan begitu meriah sekali.

Tarian Bidayuh Selako ini agak berbeza dengan tarian suku kaum di Sabah yang pernah MrJocko lihat. Ia lebih kepada tarian kegembiraan, alu-aluan dan juga keraian.

Anak-anak lelaki biasanya akan bermain alatan muzik dan anak-anak perempuan akan menairkan tarian tradisional mereka mengikut upacara tertentu.

 

Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan Tarian Tradisional Suku Kaum Bidayuh Selako Di Sematan

 

Walaupun ia bukan upacara yang besar, tetapi kemeriahan tetap terasa. Walaupun hanya satu tarian sahaja, ia memang menghiburkan kami. Next time, kalau datang lagi ke Sematan dan berada di perkampungan Bidayuh Selako, ingin kami lihat persembahan tarian lain pula.

Untuk info, lokasi Sematan dan Lundu ini berada jauh di pendalaman. Ia terletak di bahagian ‘ekor’ peta negeri Sarawak. Kalau ke Kuching, boleh la ambil kesempatan untuk melancong ke Sematan. Ia mungkin satu pengalaman baru untuk anda.

Lokasi perkampungan di bahagian Sematan ini juga berdekatan dengan sempadan Malaysia Timur dan Kalimantan, Indonesia. Ia antara lokasi popular kedua-dua buah negara untuk berhubung dan anda boleh ke sempadan dengan hanya beberapa Kilometer sahaja.

Kalau nak lihat tarian menarik suku kaum Bidayuh Selako di Sematan ini, nantikan rancangan Travelogue di RTM1 bertajuk Nota Kembara Bersama MrJocko.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.