GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak

Sarawak terkenal dengan negeri terbesar di Malaysia. Di sini, lahir ramai tokoh-tokoh dan pemimpin yang menjadi idola rakyat Malaysia. Antara yang mungkin antara tokoh terbaik ialah Tun Jugah. Beliau merupakan Tokoh negeri Sarawak khususnya dan antara ikon rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada rakyat. Kini Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak.

Tujuan utama dalam penubuhan Yayasan Tun Jugah (Tun Jugah Foundation) ini untuk menerima dan mentadbir dana bagi tujuan pendidikan, perubatan dan kerja amal untuk kebajikan rakyat. Di samping itu, ia untuk memelihara dan menggalakkan Budaya, Seni dam juga Bahasa suku Kaum Iban agar terus hidup.

Selain itu, Yayasan ini turut menjalankan penyelidikan dan menyediakan bahan-bahan intelektual atau alat-alat pendidikan seperti penerbitan, untuk pelajar dan generasi akan datang.

Di sini juga mereka mengumpul, merekod, menyalin, menterjemah dan mentafsir segala bentuk cerita dan sejarah Iban untuk kajian generasi masa depan. Semestinya, ia juga menjadi lokasi untuk mengekalkan memori Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng (Tun Jugah).

 

Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak

 

Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak

Seharian di bangunan Tun Jugah dan kami sempat melawat satu tingkat ruang pameran serta aktiviti kraftangan yang turut diadakan di Yayasan Tun Jugah ini. Di sini adalah Galeri utama di bangunan Tun Jugah Foundation. 

Galeri ini adalah khusus kepada ingatan Datin Amar Margaret Linggi, Pengasas Galeri, yang merupakan seorang penenun yang sangat berbakat. Beliau antara tokoh yang kuat menyokong pemeliharaan dan kesinambungan seni tenunan tradisional Kaum Iban. Di sini, ada dipamerkan gambar-gambar dan barangan tenunan yang diperbuat oleh beliau.

 

Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak Tun Jugah Foundation Berkhidmat Untuk Rakyat Sarawak

 

Bagi MrJocko, ini merupakan satu lokasi dimana anda boleh milihat hasil kreativiti kraftangan samada tenunan Pua Kumbu dan juga Songket Sarawak. Jangan terkejut kalau MrJocko beritahu, Pua Kumbu yang berkualiti bernilai lebih dari RM ribuan ringgit. Ini kerana ia adalah 100% tenunan tangan dan memakan masa selama sekitar setahun untuk menyiapkan satu bidang kain tenunan Pua Kumbu.

Untuk koleksi kraftangan lain seperti manik, songket dan juga penghasilan tembikar, anda boleh lihat koleksi terbaik ada di Tun Jugah Foundation.

Di sini juga menjadi pusat sehenti bagi anda yang berminat untuk belajar membuat tenunan dan kraftangan lain.

Teruja berada di Tun Jugah Foundation. Banyak khazanah suku Kaum Iban ada di sini dan ia antara khazanah yang tidak ternilai harganya dan perlu di jaga sebaik mungkin. MrJocko menyokong usaha Tun Jugah Foundation dalam memelihara khazanah penting negeri Sarawak ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.