Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur

Pengalaman selama beberapa tahun melancong ke Thailand, khususnya ibukota negara tersebut membuatkan MrJocko berani katakan yang Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur. Ini satu fakta yang akan memberikan persepsi sebenar tentang kos sara hidup di kota besar ini.

Banyak hotel murah boleh anda cuba di Bangkok. Samada dorm, homestay, air BNB, hotel 3 Bintang hinggalah hotel 5 Bintang, kebanyakkannya berharga lebih murah berbanding Kuala Lumpur.

Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur

Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur

 

Sebagai contoh, ketika menginap di Bangkok, kami memilih untuk menginap di Baan K Residence by Bliston. Ia terletak berdekatan dengan Lumphini Park, Lokasi agak strategik dengan kemudahan LRT, kedai serbaneka dan jalan kaki sahaja ke Lumphini Park. Bilik One Room Superior ini hanya bernilai Baht2,264 sahaja untuk pakej penginapan 2 hari 1 malam tidak termasuk sarapan pagi. 

Kalau di Kuala Lumpur, saiz bilik dengan kemudahan full furnished seperti ini, ia berharga lebih dari RM300 untuk pakej yang sama.

 

Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur

 

 

Ketika kami singgah untuk makan tengahari di Bangkok Tree House, ia seperti resort unik yang memang menjadi pilihan pelancong dari Eropah, khususnya golongan yang agak berusia kerana ia satu resort yang sunyi dan khas untuk percutian yang rileks.

Harga untuk pakej penuh di sini bermula dari Baht3,900 sahaja dengan kemudahan yang memang awesome. 

 

Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Di Kuala Lumpur Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Di Kuala Lumpur

 

Ketika di Nakhon Pathom, kami menginap di Parn Dhevi Riverside Resort & Spa. Salah satu resort terbaik di sini, hanya bermula dari sekitar Baht1,100 sahaja untuk hari biasa. Dengan kemudahan pakej percutian yang terbaik dikawasan ‘kampung’ ini. sudah pasti la ia mampu untuk anda bayar.

 

 

Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur Harga Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Di Kuala Lumpur

 

Last sekali, kami ke Suphanburi dan menginap di Vasidtee Hotel, antara hotel terbaik di sana. Sebelah Vasidtee Hotel ada convention centre untuk kemudahan majlis besar-besaran.

Harga bilik di sini untuk 2 orang ialah Baht1000 dan ia termasuk dengan pakej sarapan pagi. Walaupun ia terletak jauh dari bandar Bangkok, mana tahu satu hari nanti anda ke Suphanburi untuk melihat ‘Chinatown’ di sana, anda mungkin boleh cuba menginap di Vasidtee Hotel Suphanburi.

 

 

Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Kuala Lumpur Harga Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Di Kuala Lumpur

 

Nak travel ke Bangkok? Boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/tag/bangkok

Sekali lagi, tidak dinafikan, kebanyakkan Harga Bilik Hotel Di Bangkok Murah Berbanding Di Kuala Lumpur. Kalau nak banding dengan homestay, bajet hotel atau beberapa dorm yang ada di Bangkok, banyak yang menawarkan pakej bilik murah kepada pelancong.

Tetapi perlu diingat, setiap bilik hotel punyai kelebihan dan tarikan masing-masing. Mungkin ia menawarkan harga murahm tetapi tak banyak kemudahan yang ada berbanding bilik yang menawarkan harga yang agak mahal.

Satu lagi, kos sara hidup di Bangkok lebih murah berbanding Kuala Lumpur. Mungkin itu antara penyebab harga sewa bilik hotel di Bangkok jauh lebih murah berbanding Kuala Lumpur.

Apa pun ini hanya informasi ringkas sahaja tentang perbandingan harga bilik hotel di Bangkok dan di Kuala Lumpur. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena la alami sendiri percutian Amazing Thailand 🙂

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.