Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport

Hits: 5089

MrJocko seorang peminat jam tangan G-Shock dari Jepun. Jam tangan getah ini unik sebab ia terbukti tahan lasak dan tahan gegaran, susah nak rosak. jadi kalau travel ke mana-mana, MrJocko akan cuba lihat harga jam G-Shock. Ini cerita pasal Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport, ketika Media Trip ke Bangkok bulan Januari 2017 yang lepas.

Anda mungkin juga peminat jam tangan G-Shock dan nak tahu harga jam G-Shock di Thailand?

Harga Jam G-Shock Di Don Mueng International Airport

Harga Jam G-Shock Di Don Mueng International Airport

 

Sayang sekali ketika di bandar Bangkok, MrJocko tak sempat nak survey harga jam tangan G-Shock di shopping mall sekitar Bangkok. Harga jam tangan G-Shock original di sana mungkin murah berbanding di Kuala Lumpur kerana kos sara hidup di sana juga lebih murah berbanding di sini.

 

Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport

 

Sementara menunggu nak berlepas, MrJocko sempat singgah di dua kedai jam diruang Departure Hall. Kat sini tidak banyak koleksi jam tangan G-Shock yang dijual tetapi boleh la kalau nak pilih design yang cantik yang mungkin menjadi pilihan ramai.

Dalam banyak-banyak koleksi jam di sini, ia menawarkan jam tangan G-Shock model yang biasa dan tak banyak model limited edition seperti jam tangan G-Shock Frogman, G-Shock Rangeman dan juga koleksi yang lain.

Koleksi Jam Tangan G-Shock di Thailand

Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport

 

 

Harga untuk satu unik jam model biasa DW6900 dijual sekitar Baht3000 atau sekitar RM500 di Malaysia. Kalau di kedai biasa di bandar Kuala Lumpur, jam jenis model DW6900 ini berharga sekitar RM400. Jadi, andaian MrJocko, kalau jam ini dijual di kota Bangkok, bukan di kedai Lapangan Terbang, ia pasti jauh lebih murah.

Sekali lagi, MrJocko berani katakan yang harga Jam Tangan G-Shock original di Thailand, lebih murah sedikit berbanding harga di Malaysia. Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport pun lebih murah berbanding yang dijual di KLIA.

So, untuk peminat jam tangan G-Shock, kalau ke Thailand, boleh la cuba usha harga jam G-Shock pilihan korang yer…

 

Harga Jam G-Shock Di Don Mueang International Airport

 

Kalau nak baca MrJocko Unboxing jam tangan G-Shock model DW9052 boleh baca kat sini 🙂

Unboxing Jam Casio G-Shock DW-9052-2VDR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.