Kampung Unik Baan Kwai Buffalo Village Suphanburi

Hits: 452

Ini sesuatu yang yang kita lihat. Mana nak lihat kerbau kalau di Malaysia? Di Thailand, ada satu kampung yang masih lagi mengekalkan beberapa tradisi melibatkan kerbau. Inilah Kampung Unik Baan Kwai Buffalo Village Suphanburi yang patut anda lawati. Bukan setakat kampung, tetapi anda boleh melihat ratusan ekor kerbau yang masih lagi ada di sana.

Kawasan ini bukan kecil, tetapi ia berkongsi di atas tanah seluas 27 ekar. Di sini bukan sahaja menjadi lokasi memelihara kerbau, tetapi lengkap dengan sawah padi, perkampungan rumah tradisi serta menampilkan gaya hidup luar bandar yang berlatarbelakangkan kehidupan petani di wilayah tengah Thailand.

Baan Kwai Buffalo Village

 

Baan Kwai Buffalo Village

 

 

Masa MrJocko masuk ke sini, memang agak teruja. Satu kawasan di sini di susun menjadi sebuah kampung dan diletakkan kandang kerbau sebagai tarikan untuk pelancong. Kalau di kampung MrJocko di Kelantan pun susah nak lihat kerbau balau yang berwarna cerah pink. Di Baan Kwai Buffalo Village ada banyak ekor kerbau malah yang bertanduk panjang pun boleh anda lihat.

Antara aktiviti yang boleh anda buat di Buffalo Village Suphanburi ialah menonton pertunjukkan kerbau. Kerbau-kerbau di sini dilatih untuk melakukan aksi-aksi biasa seperti membajak sawah, menarik barangan, menari dan macam-macam lagi. 

Nak naik kereta kerbau, boleh pusing satu kampung Buffalo Village ini untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki kereta kerbau.

 

baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi

 

Kalau nak cari alamat, Baan Kwai Buffalo Village terletak di Suphan Buri-Chai Nat Road, Amphoe Si Prachan di Km 115-116 Highway 340.

Baan Kwai Buffalo Village Suphanburi ini dibuka dari jam 9:00am – 6:00p. Tiket untuk pelancong luar Thailand ialah Dewasa Baht150 dan Kanak-kanak Baht70.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat Bangkok di 02.270 0395-7 atau pejabat Suphan Buri di 035.581.668, 0 3558 2591-3 atau faks 0 3558 1676. Sebagai alternatif, layari laman web di www.buffalovillages.com

 

baan kwai buffalo village suphanburi baan kwai buffalo village suphanburi

 

Di tengah-tengah Baan Kwai Buffalo Village Suphanburi ada taman yang cantik. Ia terletak diantara tasik dan terletak didalamnya sebuah binaan rumah tradisi masyarakat Thailand. 

Memang best, ada rezeki boleh alami pengalaman baru di Buffalo Village Suphanburi 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.