GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Unboxing Sony FDR X3000R Action Cam Terbaru Dari Sony

Teruja kali ini bila dapat peluang untuk review Sony X3000R. Sebelum review, MrJocko share dulu kisah Unboxing Sony FDR X3000R Action Cam Terbaru Dari Sony. Satu set kamera aksi ini memang menjadi impian ramai penggemar aksi lasak kerana kamera ini punyai keupayaan yang terbaik setakat ini berbanding kamera aksi jenama lain.

Kalau sebelum ini, MrJocko pernah guna Kamera Aksi jenis biasa yang mempunyai kualiti rakaman 1080p dan juga satu lagi jenis 4K. Tetapi, kedua-duanya berbentuk saiz empat segi dan tidak sesuai untuk kegunaan bila diletakkan di motorsikal.

Unboxing Sony FDR X3000R

 

Unboxing Sony FDR X3000R Action Cam

 

Apakah ia SONY FDR X3000R Action Cam?

Sony FDR X3000R adalah kamera aksi terbaru dari Sony yang dikeluarkan untuk rakaman video sehingga bersaiz 4K dengan kelebihan ‘stabilizer’ untuk mengurangkan gegaran. Video dari Sony X3000R ini punyai kelebihan kurang gegar dan sangat stabil bila merakam, walaupun kita adalah videographer amatur.

 

Sony X3000r

 

Seingat MrJocko sendiri, jenama Sony telah menghasilkan kamera camcoder SteadyShot Handycam sejak dulu lagi. Selama bertahun-tahun, Sony antara peneraju kamera video (handycam) yang menghasilkan rakaman yang lebih baik dan lebih stabil. 

Sebab tu, bila dikeluarkan model kamera aksi (action cam) Sony FDR-X3000R ini, ia satu percubaan yang tepat untuk mereka mendapat tempat dihati peminat kamera video, khususnya mereka yang aktif merakam video samada video biasa, video aksi malah video di dalam air. SteadyShot optik Seimbang yang (syarikat panggilan BOSS ini) teknologi ke dalam kamera tindakan kecil.

Teknologi BOSS di dalam Sony X3000 ini boleh dianggap sebagai satu unit sepenuhnya kanta kamera terapung yang bergerak untuk mengatasi pergerakan tangan anda. Sebab itu gambar yang terhasil lebih stabil dan kurang gegar. Ia ada penstabilan imej elektronik membuatkan seperti anda menggunakan gimbal.

 

specification sony x3000r harga sony x3000r malaysia

 

Baca info pasal produk Sony di www.sony.com.my

Tambah pula dengan kualiti rakaman Video 4K, ia satu kualiti terbaik untuk dilihat di personal computer, TV LCD HD malah untuk rakaman video berdefinisi tinggi untuk rakaman video rasmi. 

Pada harga jualan runcit RM2,199 di Malaysia, ia memang berbaloi sebab ia boleh merakam video, gambar, malah ada fungsi untuk rakaman timelapse. Belum lagi termasuk dengan fungsi waterproof, shockproof dan juga dustproof.

Tak sabar nak cuba test dan review kamera aksi Sony FDR X3000R ini. InsyaAllah akan MrJocko kongsi di Blog, Facebook, Instagram dan YouTube. #SonyActionCam #X3000

Nak beli produk Sony? Boleh singgah di Sony Centre 🙂 www.mrjocko.com/tag/sony

singgah kat Sony Centre KLCC Beli Gadget Kamera?

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.