Asap Steamboat Grill Food Review Di USJ Puchong

Lama tak review makanan steamboat. Sebab itu, MrJocko menerima pelawaan rakan media untuk singgah review Asap Steamboat Grill Food Review di USJ Puchong awal bulan ini. Nampaknya, restoran steamboat berdekatan USJ, Puchong, Putra Height, Subang Jaya dan juga Kota Kemuning ini memang ada tarikan tersendiri.

Ini pertama kali MrJocko dan family singgah untuk merasai menu Asap Steamboat & Grill. Restoran yang baru sahaja dibuka pada Disember 2016 ini adalah dibawah pengurusan syarikat terkenal Nurul Izzah Catering di Puchong.

Terletak di lokasi Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong, dekat sahaja dengan shopping mall One City USJ. Kalau nak ke sini, boleh guna aplikasi WAZE.

Asap Steamboat Grill Food Review

Asap Steamboat Grill Food Review

 

Menarik di Asap Steamboat & Grill Food Review ini sebab MrJocko dan family memang datang untuk makan menu yang biasa mereka hidangkan kepada pelanggan. Sangat tertarik dengan pilihan pelbagai menu yang ada di sini sehinggakan kalau nak dikira satu persatu, lebih dari 100 jenis menu dan pilihan dihidangakan untuk satu harga yang sangat murah.

Untuk harga pakej buffet steamboat di Asap Steamboat & Grill ini ialah RM33.00 untuk dewasa, RM16.50 untuk kanak-kanak berumu 6 – 12 tahun dan PERCUMA kepada kanak kanak di bawah umur 5 tahun. Tak perlu nak risau, semua menu di Asap Steamboat & Grill USJ ini adalah disediakan dari sumber dan menu halal.

 

Asap Steamboat Grill Food Review Asap Steamboat Grill Food Review asap steamboat & grill food review Asap Steamboat Grill Food Review asap steamboat & grill food review Asap Steamboat Grill Food Review

 

Korang lihat la menu yang disediakan. Untuk ayam, daging, kambing dan ikan, setiap dari jenis ini ada 4 pilihan marinate yang memang sedap. Seafood pula ada banyak jenis. Dari udang harimau, udang putih, sotong, kepah dan macam-macam lagi. 

Itu belum lagi nak kira menu fishball dan juga bebola lain yang disediakan dalam satu freezer sebelah. Memang banyak sangat pilihan dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.

Menu di Asap Steamboat Grill Food Review USJ

Asap Steamboat Grill Food Review asap steamboat & grill food review asap steamboat & grill food review asap steamboat & grill food review Asap Steamboat Grill Food Review

 

Antara menu yang MrJocko berani kata tidak ada di restoran steamboat lain ialah menu Soft Shell Crab yang digaring rangup. Ia memang sedap tambah lagi dengan menu Mee Goreng dan Mihun Goreng sebagai menu sampingan.

Satu lagi, pernah cuba Sup Kambing yang sedap? Kat sini mungkin korang akan jumpa. Wah!!! Berbaloi makan pakej murah steamboat di sini.

 

asap steamboat & grill food review
Soft Shell Crab di Asap Steamboat

 

Restoran steamboat ini dibuka setiap hari bermula jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 malam. Ruang makan di sini berkonsepkan kontena dan anda boleh memilih untuk makan di ruang makan bawah, ruang makan tertutup tingkap atas, ruang terbuka tingkat atas dan juga ruang terbuka di tingkat bawah.

Antara kemudahan lain di sini termasuk ada ruang parkir untuk tetamu, ruang solat yang selesa dan ruang bermain untuk anak-anak.

 

Asap Steamboat & Grill Food Review di USJ Puchong Asap Steamboat Grill Food Review

 

 

Kalau rakan tanya, MrJocko akan katakan di sini adalah pilihan makanan steamboat yang murah dan sedap boleh anda cuba. tak rugi kalau korang singgah makan di Asap Steamboat & Grill di USJ Puchong ini. Harga pakej steamboat ini jauh lebih murah memandangkan menu yang dihidangkan adalah segar, banyak pilihan dan ruang makan yang selesa. 

Jangan lupa untuk ‘desserts’ jika makan kat sini. Anak-anak mesti suka makan aiskrim, kacang rebus dan gula-gula candy yang di sediakan. 

Banyak lagi nak cerita, tetapi sebaiknya, kalau korang teringin nak cuba, boleh ke Asap Steamboat & Grill di USJ Puchong. maklumat lain boleh la jenguk dan LIKE Fanpage Asap Steamboat & Grill

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.