Review Kyoto Travellers Inn Hotel 7 Sebab Patut Menginap Di Sini

Hits: 1145

Siapa sangka di sekitar Kyoto ada banyak tumpuan pelancong yang boleh anda lawat. Untuk melancong ke Kyoto, pasti lebih elok kalau menginap di sini. Sebab itu, MrJocko nak kongsi tentang Review Kyoto Travellers Inn Hotel 7 Sebab Patut Menginap Di Sini. Bukan sahaja ia sebuah hotel, tetapi ia satu lokasi yang boleh memberikan anda satu inspirasi baru.

Pertama kali sampai di Kyoto Travellers Inn sekitar jam 8.00 malam selepas naik subway dari Kyoto Station. Memasuki lobby hotel ini, kami teruja melihat warna cerah ceria mengisi dinding hadapan. Menarik!!!

Review Kyoto Travellers Inn di Okazaki

Review Kyoto Travellers Inn

 

MrJocko berpeluang untuk menginap selama 2 malam di Kyoto Travellers Inn. Tak lama, tetapi inilah review Kyoto Travellers Inn yang mungkin boleh anda baca sebagai panduan untuk melancong ke tempat menarik di Kyoto.

Kyoto Travellers Inn ini terletak di dalam kawasan Okazaki Enshōjichō. Sekeliling berdekatan dengan Kyoto Travellers Inn ini ada banyak yang menarik dan menjadi tumpuan pelancong antarabangsa. Apa yang menarik di Kyoto Travellers Inn?

Ada 7 Sebab Kenapa Patut Menginap Di Kyoto Travellers Inn

1. Hotel Baru Yang DiUbahsuai Di Beri Nafas Baru

Hotel ni dah lama, tetapi ia diberikan nafas baru oleh pemiliknya Ms Izumi Kanagawa. Untuk info, MrJock dan Wife adalah orang Malaysia dan Muslim Pertama yang menginap dibilik yang baharu sahaja diubahsuai. 

 

Review Kyoto Travellers Inn

Review Kyoto Travellers Inn Review Kyoto Travellers Inn Review Kyoto Travellers Inn

 

 

2. Ruang Lobby Hotel Yang Ceria Dan Cantik

Masuk saja ke ruang Lobby, anda akan rasa segar dan ‘terang’. Warna lukisan dinding dengan corak bunga cerah memang menceriakan sesiapa sahaja. Ia bukan sahaja di lobby, tetapi berada di tangga dan bilik yang baru.

Bayangkan anda berehat dalam bilik selepas seharian berjalan pusing Kyoto dengan ruang bilik yang luas dan ceria.

 

Review Kyoto Travellers Inn

Review Kyoto Travellers Inn

 

3. Bilik Yang Luas Berbanding Bilik Biasa Di Jepun

Kalau anda pernah menginap di Jepun, mesti akan perasan bahawa kebanyakkan bilik hotel di Jepun adalah kecil berbanding bilik hotel biasa di Malaysia. Tetapi, bilik hotel di Kyoto Travellers Inn ini agak besar dan luas untuk anda inap.

 

Review Kyoto Travellers Inn Review Kyoto Travellers Inn

 

4. Kemudahan Onsen Yang Memang Owesome

Trademark orang Jepun, kalau ada Onsen, ia memang antara servis terbaik untuk pelanggan hotel mereka. Onsen adalah mandian air ‘hot spring’ yang terkenal di Jepun. Bilik mandian Onsen di Kyoto Travellers Inn memang best!!! Anda mesti cuba.

 

best onsen in Kyoto

 

5. Dekat Dengan Lokasi Tumpuan Pelancong

Kiri dan kanan berdekatan dengan Kyoto Travellers Inn ada banyak lokasi yang boleh anda lawati dengan hanya berjalan kaki. Antara yang menarik ialah Kyoto City Zoo, Okazaki Park, Kyoto University dan Shinto Shrine.

kyoto travellers inn review

 

6. Harga Bilik Hotel Murah Di Kyoto Travellers Inn

Harga sewa bilik di Kyoto Travellers Inn agak murah berbanding hotel sekitarnya. Average harga bilik sekitar Okazaki ni sekitar 9,000 Yen (RM350++). Anda boleh menginap dengan selesa di Kyoto Travellers Inn dengan harga pakej harga bermula dari 4,800 Yen (RM188++ guna booking.com). Dengan kemudahan dan bilik yang luas, berbaloi menginap di sini.

 

kyoto travellers inn review

 

7. Dekat Dengan Stesen Higashiyama (Subway Tozai Line) & Kedai Serbaneka

Antara yang penting, mesti kena dekat dengan Subway Station di Jepun. Ini kerana senang nak ke lokasi hotel dan aktiviti jalan-jalan di sekitar. Kyoto Travellers Inn ini dekat sahaja dengan Higashiyama Station. Jalan kaki sekitar 5 minit. Kemudahan kedai serbaneka 7-Eleven dan dengan kedai VR Shop, kedai aksesori motosikal produk jenama Valentino Rossi.

 

kyoto travellers inn review

 

Nak lagi tentang Review Travellers Inn hotel? Anda boleh ke laman web Tripadvisor. Ramai yang memuji tentang hotel ini dan pastinya anda juga akan berpuas hati kalau menginap di sini.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.