Harga Kasut Berjenama Di Osaka Jepun Agak Mahal

Memandangkan Jepun adalah sebuah negara yang tergolong dalam ‘kos sara hidup’ mahal berbanding negara lain di Asia, memang betul, Harga Kasut Berjenama Di Osaka Jepun Agak Mahal berbanding harga kasut di Malaysia. Itu yang boleh MrJocko rumuskan selama pengalaman sendiri melancong ke Osaka selama 3 kali sejak tahun 2015.

Banyak kali juga MrJocko singgah survey harga kasut di Osaka seperti di Shinsaibashi dan Dotonbori. Namun banyak kali MrJocko perasan, harga asal yang dijual samada di kedai ABC-Mart atau kedai kaki lima yang banyak menjual kasut berjenama menjual harga yang hampir sama dengan harga kasut di Malaysia.

Harga Kasut Berjenama Di Osaka Jepun Agak Mahal

Harga Kasut Berjenama Di Osaka Jepun Agak Mahal

 

Banyak kali pusing satu Shinsaibashi dan juga Dotonbori cari kasut murah, memang tak jumpa harga kasut murah sebaik harga kasut di Tokyo. Tak banyak kedai yang tawar diskaun gila-gila sepanjang bulan Februari 2017.

Masa ni, MrJocko fokus cari model seperti Adidas, Nike, Timberland dan juga Dr Martens sahaja. Bukan nak beli sangat pun, sekadar nak buat perbandingan.

Kalau tengok harga kasut Adidas pun, harga yang biasa MrJocko lihat sekitar dari 9,000 Yen belum termasuk diskaun. Kalau dapat jumpa satu atau dia diskaun sehingga 50%, ia memang murah. Tetapi biasanya saiz dah habis.

 

harga-kasut-berjenama-di-osaka harga-kasut-berjenama-di-osaka harga-kasut-berjenama-di-osaka harga-kasut-berjenama-di-osaka

 

 

Kalau kasut jenama Nike, adalah murah sedikit. Harga bermula dari sekitar 5,600 Yen (RM220), boleh la kata sekitar harga kasut Nike di Malaysia. Kalau kasut Timberland, memang harga melebihi sekitar 24,000 Yen (RM950).

Tak seperti harga kasut yang MrJocko selalu singgah lihat dan beli di Ameyokocho Street dekat dengan Ueno Station Tokyo. MrJocko pernah kongsi entry tentang ‘Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo Jepun’. Salah satunya ialah beli kasut murah di Ameyokocho Street. 

 

Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo Jepun Travel Bajet

 

MrJocko sendiri pernah beli kasut Palladium murah di Tokyo serendah harga 3,000 Yen (RM120) sahaja berbanding harga di Kuala Lumpur RM569++. Kenapa murah? Sebab biasanya kasut yang dijual adalah model lama, end season yang perlu mereka ‘clear’kan stok. Sebab itu murah.

Jadi, kalau nak beli kasut di Osaka seperti di Shinsaibashi atau di Dotonbori, tak salah. Korang kena pilih betul-betul sebab banyak model kasut di Jepun adalah model terbaru dan memang dijual dengan harga ‘retail price’ tanpa diskaun.

Kalau anda rajin cari dan jalan-jalan di banyak kedai, mungkin akan terjumpa satu atau dua kasut murah selepas diskaun kaw-kaw di Osaka.

Sesetengah peminat kasut seperti Adidas, Nike, Onitsuka Tiger, Dr Martens dan banyak lagi, memang cari kasut model baru dan biasanya model baru di sini, masih lagi belum sampai stoknya di Malaysia. Jadi kalau beli, korang mungkin orang pertama yang pakai model terbaru tersebut.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.