Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah

Hits: 1142

Korea memang antara destinasi pusat kecantikkan yang popular diseluruh dunia. orang Malaysia juga memang gilakan produk kecantikkan dari Korea. Kalau nak tahu, shopping mall Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah di Seoul Korea. 

Bangunan shopping mall Lotte Duty Free ini terletak dekat sahaja dengan Myeongdong Street. Korang hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja.

Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah

Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah

 

Paling terkenal untuk destinasi beli produk kecantikkan yang murah di Korea ialah sekitar MyeongDong. Namun, menurut ‘Tour Guide’ kami, Ashley, Lotte Duty Free ini antara yang paling menjadi tumpuan ramai pelancong kerana harganya yang sangat murah berbanding kedai lain.

Paling menjadi tumpuan, ialah di Tingkat 12, Lotte Duty Free. Di sini segala jenis produk kecantikkan perempuan dan lelaki dijual dengan tawaran harga yang memang murah. Ya, MrJocko sendiri dah survey dan bandingkan dengan harga beberapa kedai lain di Seoul (yang mana sempat singgah la), termasuk di Doota di Dongdaemun. 

 

Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Ada banyak jenama kecantikkan terkenal yang mungkin biasa korang dengar ada dijual di sini seperti Lancome, Clinique, Biotherm, Laneige, Clarins, Aesop, Anna Sui, Jurlique, Dior, Lamer  dan banyak lagi.

Tapi, sebab MrJocko ni lelaki, tak pandai nak beli dan pilih produk kecantikkan yang murah di Korea. Terpaksa la tengok sahaja rakan-rakan yang lain shopping make up, lotion dan lain-lain lagi.

Sehingga lah MrJocko ternampak satu produk kecantikkan ini yang selalu wife MrJocko pakai. Aloe Vera Soothing Gel jenama Nature Republic. Di sini dijual dengan harga 16,000 Won untuk 6pcs. Kalau di Malaysia, sebekas pun dah harga RM32++. Murah sangatkan, harga hampir 3 kali ganda murah berbanding di Malaysia.

Mungkin ada yang tanya, adalah ini Aloe Vera Soothing Gel yang tiruan? Bagaimana nak bezakan soothing gel Aloe Vera original dengan yang tiruan? Yang tu korang kena cari sendiri di internet. Ada ramai beauty blogger ada buat perbezaan.

Yang pasti, produk di sini InsyaAllah original kerana di Korea mereka mengamalkan konsep produk berkualiti, baru boleh dijual. Lagipun ia dijual di shopping mall yang besar, bukan di kaki lima.

 

Lotte Duty Free Tempat Beli Produk Kecantikkan Yang Murah
Soothing Gel Aloe Vera Murah

 

Mungkin ini tips membeli belah yang boleh anda ambil. Kalau nak beli barang kecantikkan di Korea dengan harga yang murah, boleh ke Lotte Duty Free shopping mall di tingkat 12.

p/s : Bila nak balik, singgah di Duty Free Airport, harga soothing gel aloe vera ini dijual dengan harga 22,000 Won. So, jelas lah yang kat Lotte Duty Free lagi murah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.