GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Perkenalkan Smartphone MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

MEIZU Technology salah satu lagi syarikat yang giat membangunkan produk telefon pintar dan kini sudah memasuki pasaran Malaysia. Perkenalkan Smartphone MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia. Ia kini boleh dibeli di laman web Lazada Malaysia dan dirangkaian kedai smartphone terpilih. MEIZU Malaysia diedarkan oleh  distributor eksklusif, Dynamic Distribution Sdn Bhd.

Khabarnya, ada 5 model akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat, termasuk dua model terbaik mereka MEIZU Pro 6 Plus dan MEIZU M5 Note.

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

 

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

 

MEIZU adalah salah satu dari rangkaian Alibaba Group, dan telah disuntik modal lebih dari RM590million untuk perkembangan produk mereka. Sudah pasti, Malaysia adalah salah satu target market mereka dan kini sedang menambahbaik pelbagai aspek untuk pasaran Malaysia dan Asia.

MrJocko bersama-sama dengan rakan blogger dan media sempat singgah untuk melihat sendiri dengan lebih dekat smartphone terbaru jenama MEIZU ini. 

Pelancaran rasmi kali ini memperkenalkan model terbaik mereka setakat ini iaitu MEIZU Pro 6 Plus, satu peranti smartphone yang elegan dengan keupayaan tinggi. Manakala model MEIZU M5 Note, adalah koleksi solid smartphone dengan ketahanan kuasa bateri yang memnakjubkan.

 

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

 

Mengujakan juga bila melihat keupayaan smartphone MEIZU Pro 6 Plus ini. Dengan kelajuan 2.6Ghz processor serta 4GB RAM serta 64GB storan akan membuatkan smartphone ini pantas dalam memproses.

Kamera depan untuk selfie 5MP dan juga kamera utama belakang 12MP akan membuatkan kualiti gambar kamera smartphone ini memang terbaik. Selain dari teknology ‘mTouch 2.1’ serta keupayaan fast charging bateri 3400 mAh.

 

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

 

Manakala MEIZU M5 Note di datangkan dengan saiz skrin 5.5 incin dengan 64-bit Octa Core Processor. Ia mempunyai 3GM RAM dengan storan 32GB. Ia juga mempunyai kualiti 12MP kamera utama belakang dan 5MP kamera selfie di depan.

Turut mempunyai teknologi ‘mTouch 2.1’ dan juga kuasa terbaik 4000 mAh fast charging battery.

 

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

 

Personally, MrJocko suka model MEIZU Pro 6 Plus kerana rekaan bentuk yang cantik serta kualiti processor yang lebih laju. Storan yang besar serta 4GB RAM akan buatkan anda tidak ada masalah untuk menonton video tanpa gangguan.

Harga smartphone MEIZU Pro 6 Plus di Malaysia dijual dengan harga RM1,999 dan harga MEIZU M5 Note di jual dengan harga RM849. Lebih menarik sebab kedua-dua smartphone MEIZU ini adalah menggunakan ‘Metal Body’ yang cantik dan tahan lasak.

Nak beli? Boleh ke laman web Lazada Malaysia untuk info lanjut :

 

 

MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia MEIZU Pro 6 Plus Dan M5 Note Di Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.