GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea Gua Lombong Cahaya

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea. MrJocko rasa boleh panggil gua ini sebagai Gua Lombong Cahaya (Mine Cave Light). Gua ini asalnya sebuh lombong terbiar kemudian dimasukkan unsur lampu dan cahaya sehinggakan kemeriahan lampu berwarna-warni di dalamnya menjadikan ia sangat cantik.

Cave Gwangmyeong antara lambang kesusahan rakyat Korea melombong dalam evolusi industri moden di Korea dan jug sejarah zaman penjajahan Jepun. 

Dari ia dibiarkan kosong, gua ini dibina semula dan dibuka kepada orang awam pada tahun 2011 sebagai muzium hidup dan tapak sejarah. Yang menarik lombong ini ada Gua Aqua World, Muzik dan Dewan Seni, Ar Terjun Emas, Laluan Emas dan Istana Emas.

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea Gua Lombong Cahaya

 

 

Teruja sangat bila dapat masuk ke dalam Gwangmyeong Cave ini. Tak sangka, dulu tempat ini adalah tempat perlombongan bijih timah, ia kini berubah menjadi satu destinasi pelancongan yang terbaik di Korea.

Bagaimana mereka lakukan memang menakjubkan. Tidak hanya meninggalkannya sebagai tempat yang usang dan tidak berguna, diubah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang semakin menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

 

 

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Kaunter Ticket Gwangmyeong Cave
Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Pernah Menajadi Lokasi Penggambaran Running Man
Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Pintu Masuk

 

“Gwangmyeong Cave is where joys and tears of coal mining workers remained intact. It was the heart of the evolution of modern industries in Korea and also a historical site of the Japanese colonial period. It takes pride itself as being the only one cave found in the metropolitan cities.

After going through a complete transformation, the cave re-opened its door in 2011 as a living museum and a historical site. Cave Aqua World, the music and art hall, and golden waterfall, golden paths and golden palaces adds extra mysterious elements to its exisiting exotic atmosphere”

 

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Laluan Pertama Masuk Ke Gwangmyeong Cave

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea

 

Seingat MrJocko, katanya lombong ini memang digali sehingga dalamnya mencecah sehinga 7 tingkat bangunan. Bagaimana mereka lakukan, semua menggunakan tenaga manusia dengan bantuan alatan melombong pada zaman tersebut.

Lebih unik, walaupun berada di dalam lubang lombong ini, ia memang selesa dengan angin sejuk yang masuk dan menghembus. Tidak rasa panas, tiada bau yang kurang selesa malah kiri dan kanan lengkap dengan lampu yang menarik dan terang.

Belajar Bahasa Korea – http://www.mrjocko.com/2017/05/mari-belajar-bahasa-korea.html

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Naga di Gwangmyeong Cave
Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea
Duit dalam Gwangmyeong Cave

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Ini pertama kali MrJocko merasai pengalaman masuk ke Gua seperti ini. Ia memang dijaga dengan baik dengan aturan perjalanan mengikut susunan yang teratur. Ada ramai petugas yang akan menunjukkan anda laluan untuk anda tuju. 

Ada banyak bahagian dalam Gwangmyeong Cave ini memang menarik dan mesti korang lihat. Antara yang utama adalah persembahan cahaya selama 5 minit yang memang menakjubkan.

Secara peribadi, MrJocko beri 5 Bintang untuk lokasi Gwangmyeong Cave ini. Ia memang berbaloi untuk dilawati. Ia dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Tetapi pada bulan Ogos hingga Spetember waktu dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam.

Tiket masuk ke Gwangmyeong Cave ialah 6,000 Won untuk Dewasa dan 3,500 Won untuk Kanak-kanak. Untuk Kanak-kanak bawah 3 tahun hanya 2,000 Won sahaja.

 

Gwangmyeong Cave Terbaik Di Korea

 

Untuk ke sini korang boleh naik Bas yang dioperasikan oleh Elephant Tour Bus Aixia 23-seaters dari Seoul. Ia beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga jam 4.30 petang (setiap 30 min / 12 kali sehari / 12:00-13:00 Rehat). Harga tiket bas ke Gwangmyeong Cave ialah Dewasa  2,000 Won/ Kanak-kanak 1,000 Won.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.