Korean Folk Village Muzium Hidup Terkenal Di Korea Selatan

Hits: 2038

Korean Folk Village Muzium Hidup Terkenal Di Korea Selatan. Ia mesti lawat dan destinasi paling popular untuk semua pelancong asing kalau melancong ke Seoul. Korean Folk Village ini terletak kira-kira 1 Jam 30 minit perjalanan dari bandaraya Seoul. Korang boleh ke sini dengan menaiki Bas atau Keretapi.

Untuk yang berminat ke sini dengan keretapi, bergerak dari Gangnam Station, Jonggak Station, Suwon Station atau dari Sanggal Station. Selepas itu ambil shuttle bus dan boleh tuju ke Korean Folk Village.

Atau kalau nak naik bas dari Seoul, sebaiknya naik dari Myeongdong Station ke Korean Folk Village yang memakan masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja.

Korean Folk Village

korean folk village

 

Masa ke Korea tahun 2014, MrJocko pernah singgah di Korean Folk Village. Ia memang satu destinasi pelancongan popular di Korea Selatan.

Masuk sahaja ke dalam Korean Folk Village ni, korang akan lihat kemeriahan ‘perkampungan’ tradisi. Memang ramai yang akan singgah di sini untuk melihat sendiri sejarah negara Korea sebelum ia mencapai tahap kemodenan seperti sekarang. 

Untuk yang nak lihat sejarah satu bahagian dikhususkan untuk korang. Untuk yang nak berhibur, satu bahagian lagi dibina taman tema mini untuk korang cuba pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pasal makan, jangan risau. Di dalam Korean Folk Village ini ada banyak restoran. Untuk Muslim, ada satu Restoran Halal Muslim boleh anda singgah makan. Nanti MrJocko akan kongsikan dalam entry selepas ini.

 

Entry Tahun 2014 – http://www.mrjocko.com/2014/05/hotel-grand-ambassador-seoul.html

Korea Trip Day 2 Hotel Grand Ambassador Seoul

Kalau nak tahu, Korean Folk Village ini ialah satu lokasi yang dibangunkan khas untuk memperkenalkan budaya tradisional Korea dari akhir tempoh pemerintahan ‘Kerajaan Joseon’. Di dalam perkampungan tradisi ini, pelancong akan merasai sendiri pengalaman kebudayaan, kepercayaan kepada bomoh, adat bermusim dan lain-lain.

Perkampungan Korean Folk Village ini juga menunjukkan pelbagai tempat dengan ciri-ciri yang unik seperti sebuah kampung pertanian, rumah persendirian, daerah rasmi, akademi Confucian, Seodang (sekolah kampung), jalan kampung dan juga rumah seorang Bangsawan serta beberapa bengkel tradisional.

 

korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village

 

Setiap hari, khususnya pada hujung minggu, ada beberapa persembahan menarik diatur untuk tontonan pelawat. Ia termasuk Nongak (muzik petani), seni mempertahankan diri di atas kuda, majlis perkahwinan tradisional, dan acara-acara khas lain boleh didapati sepanjang musim.

Persembahang khas ‘Selamat datang ke Joseon’, biasanya akan diadakan setiap bulan Mei yang memaparkan perjalanan masa kembali ke zaman dahulu.

Selain itu, untuk yang ingin menikmati rasa makanan tradisi Korea, pengunjung boleh menikmati kek beras tradisional Korea seperti Jeungpyeon (kek beras yang dikukus dan ditapai), Injeolmi (kek beras disalut dengan serbuk kacang), Bukeo-gui (panggang kering Pollack), atau Pajeon (pancake bawang hijau) bersama-sama dengan Dongdongju (minuman keras tradisional Korea).

Info tentang Korean Folk Village – http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264121

 

korean_folk_village korean_folk_village korean_folk_village

 

Waktu operasi Korean Folk Village adalah seperti berikut : 
[February-April] Weekdays 09:30-18:00 / Weekends 09:30-18:30
[May-September] Weekdays 09:30-18:30 / Weekends 09:30-19:00
[October-Mid-November] Weekdays 09:30-18:00 / Weekends 09:30-18:30
[Mid-November-January] Weekdays 09:30-17:30 / Weekends 09:30-18:00

Bayaran masuk untuk ke Korean Folk Village ialah :

Admission -Dewasa umur 19 keatas 15,000 Won, Remaja umur 13-18 ialah 12,000 Won dan Kanak-kanak 10,000 Won

One-day Ticket (Termasuk Taman Tema) – Dewasa umur 19 keatas 24,000 Won, Remaja umur 13-18 ialah 19,000 Won dan Kanak-kanak 17,000 Won

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.