Mari Belajar Bahasa Korea 10 Basic Korean Language

Hits: 2459

Mungkin selepas ini korang nak melancong ke Korea. Apa kata belajar sikit tentang Bahasa Korea. Ia penting untuk membiasakan diri korang dengan persekitaran di sana. Jadi, Mari Belajar Bahasa Korea 10 Basic Korean Language yang mudah untuk korang ikuti.

Sesetengah perkataan Bahasa Korea mungkin pernah korang dengar dan sebut. Kalau tidak biasa memang rasa berbelit. MrJocko pun hingga hari ini agak sukar nak sebut beberapa lagi perkataan lain yang boleh kita guna sewaktu di Korea.

Mari Belajar Bahasa Korea

belajar bahasa korea
Mari Belajar Bahasa Korea 10 Basic Korean Langguage

 

Antara yang selalu digunakan bila travel Korea ialah perkataan Apa Khabar, Selamat Tinggal, Selamat Jalan, Terima Kasih, Hello, Maaf, Ya, Tidak, Tolong dan juga Tandas. Oleh itu, MrJocko kongsi dulu 10 perkataan asas Bahasa Korea yang boleh korang pelajari dulu untuk permulaan.

 

안녕 하세요? dibaca “Annyeong haseyo” ertinya = Apa Khabar?

안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya = Selamat Tinggal

안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya = Selamat Jalan

감사합니다 dibaca “Kamsahamnida” ertinya = Terima Kasih

안녕 하십니까 dibaca “Annyeong hasimnikka” ertinya = Hello

죄송합니다 / 미안합니다 dibaca “Choesonghamnida/Mianhamnida” ertinya = Maaf

네 dibaca “Ne” ertinya = Ya

아니요 dibaca “Aniyo” ertinya = Tidak/Bukan

도움 dibaca “Doum” ertinya – Tolong

화장실 dibaca “Hwajangsil” ertinya – Tandas

 

Ini antara perkataan yang boleh korang cuba dulu. Ia akan membantu korang untuk lebih yakin kalau bercakap di Korea dengan orang-orang Korea. Mana tahu ia berguna waktu nak berinteraksi dengan orang Korea sewaktu melancong ke mana-mana bandar di Korea.

Bayangkan kalau kita boleh bercakap sedikit bahasa Korea, ia pasti akan menimbulkan rasa ‘bangga’ mereka (orang Korea) yang bercakap dengan kita. 

Ada beberapa lagi Bahsa Korea untuk kegunaan semasa nak tanya harga jualan, nak tawar menawar barang yang di beli di Korea, nak panggil nama manja Kakak, Abang, Pak Cik, Mak Cik serta adik dalam bahasa Korea.

Yang ni nanti MrJocko kongsi dalam entry blog yang akan datang. Buat masa ni, jom sama-sama kita belajar bahasa Korea mudah ini dan sama-sama praktikkan sehingga bibir kita fasih berbicara dengan slang Korea dengan betul 🙂

Nak travel murah musim bunga Cherry Blossoms ke Korea boleh baca ni – http://www.mrjocko.com/2015/04/pakej-travel-murah-musim-bunga-di-seoul.html

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.