Pengalaman Naik Flight VietJet Air Dari Da Nang Ke Ho Chi Minh

Hits: 5267

Pertama kali merasai pengalaman baru naik penerbangan VietJet Air. Inilah penerbangan yang katanya ada Bikini Stewardess semasa penerbangan. Teruja sekejap bila berpeluang merasai Pengalaman Naik Flight VietJet Air Dari Da Nang Ke Ho Chi Minh. Mungkin kah ada sesuatu yang menarik?

Flight VietJet Air antara penerbangan local carrier yang agak terkenal di Vietnam. Sebab itu, kami mencuba pengalaman baru terbang dengan syarikat penerbangan VietJet AIr ini dari Lapangan Terbang Da Nang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City.

Nak cari pakej percutian murah ke Da Nang boleh baca entry ini http://www.mrjocko.com/2015/11/pakej-travel-murah-ke-da-nang.html

Pengalaman Naik Flight VietJet Air

Pengalaman Naik Flight VietJet Air Dari Da Nang Ke Ho Chi Minh
cof

Untuk penerbangan dari Da Nang Airport ke Ho Chi Minh, kami ambil penerbangan sebelah petang. Kalau tak silap, ada satu sahaja penerbangan setiap hari dari Da Nang ke Ho Chi Minh City menggunakan flight VietJet Air.

Susunan untuk check-in agak tersusun dan kami yang daftar check-in berkumpulan diuruskan dengan baik oleh pegawai bertugas. Boleh kata servis di kaunter check-in agak memuaskan.

 

pengalaman naik flight VietJet AIr pengalaman naik flight VietJet AIr pengalaman naik flight VietJet AIr

 

Masa beratur untuk urusan Imigresen juga agak lancar memandangkan kami melalui ruang laluan penerbangan domestik. Jadi tidak ada masalah dan memang cepat. Tak perlu nak beratur panjang, hanya dalam beberapa minit urusan kami semua selesai.

Cuma perlu diingatkan kepada penumpang penerbangan kapal terbang, sebaiknya, pastikan anda membawa ‘hand carry’ barang-barang seperti Laptop, Kamera, Power Bank atau Bateri bagi mengelakkan masalah pengurusan bagasi.

 

pengalaman naik flight VietJet AIr
Makanan Halal dalam VietJet Air
pengalaman naik flight VietJet AIr
Kabin VietJet Air
pengalaman naik flight VietJet AIr
Duduk bersama Mr Goh dari Premium Travel

 

Alhamdulillah, memang tak susah terbang dari Da Nang ke Ho Chi Minh melainkan ruang Departure untuk lapangan terbang ini agak kecil berbanding lapangan terbang lain. Tak banyak piihan restoran yang boleh anda cuba, melainkan Burger King yang boleh anda beli french fries kalau korang lapar.

Tetapi agak menarik juga bila berada dalam pesawat VietJet Air kerana flight ini rasanya agak besar sedikit dari pesawat biasa AirAsia dan Malindo. Sususan kerusi juga agak luas dan berbeza dengan AirAsia. 

Lebih menarik, kerana mereka mempunyai pilihan menu Halal di dalam penerbangan VietJet Air. Kalau nak tahu, VietJey Air menyediakan jualan Nasi Lemak Halal di dalam penerbangan mereka. Terbaik lah…

 

pengalaman naik flight VietJet AIr
Kaunter Penerangan Ho Chi Minh Airport

 

Penerbangan untuk take off dan juga landing juga memang terbaik. Kalau dari markah untuk keseluruhan, MrJocko boleh bagi 4.5 Bintang out of 5 kepada VietJet Air penerbangan dari Da Nang ke Ho Chi Minh kali ini.

Nak tempah, boleh ke laman web http://www.vietjetair.com/Sites/Web/en-US/Home

Thumbs Up dan Keep It Up #VietJetAir.

Note : Entry ini bukan entry tajaan dari VietJet Air. Ia adalah review ikhlas dari MrJocko dari pengalaman sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.