GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi Cara Nak Bantu Orang Muslim

Tiap kali travel, saya lihat banyak komuniti Muslim samada di Thailand, Vietnam, Kemboja, Bangladesh, Afrika dan beberapa negara lain ramai yang masih memerlukan bantuan kita, Orang Malaysia. Sebab itu, MrJocko berminat nak kongsi serba sedikit tentang satu usaha murni yang dinamakan Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi anjuran syarikat Fitrah Ummah. Ini salah satu cara nak bantu orang Muslim.

Projek Waqaf seperti ini mungkin nampak biasa bagi kita tetapi sedikit sumbangan anda memberikan sinar cahaya kepada saudara Muslim kita yang amat memerlukan bantuan seperti ini.

Sebelum ini, syarikat Fitrah Ummah aktif dalam aktiviti ibadah Akikah dan Qurban dan telah banyak membantu saudara Muslim dibeberapa buah negara. Kini mereka maju setapak lagi dalam inisiatif Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi.

 

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi

 

Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal, saya membantu bagi pihak Ustaz Faizal dari syarikat Fitrah Ummah dalam satu Projek Waqaf yang baharu sahaja dilancarkan. Ia dikenali sebagai Projek Waqaf Telekung dan Projek Waqaf Perigi.

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi

Apa yang MrJocko faham, semua dana yang disalurkan akan digunakan untuk membeli barangan dan membantu saudara Islam yang amat memerlukan di Malaysia & luar negara, mengikut keperluan yang ditetapkan.

1. Waqaf Telekung
Set Telekung akan diagihkan kepada Orang Asli & golongan Asnaf Zakat. Ini adalah kerjasama dari pihak Yayasan Khalifah & Pegawai Zakat Selangor

2. Waqaf Perigi
Kos untuk membina perigi di Bangladesh RM600, Kemboja RM1200, Ghana RM1200. Perigi ini akan dibina dengan bantuan oleh wakil Ustaz bertauliah dilokasi terpilih.
Untuk yang berminat boleh call Ustaz Faizal Eshak Fitrah Ummah di talian 012-3335615 atau 018-2929006.

Cara menyertai Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi

1. Transfer Secara Online ke Akaun Bank Fitrah Ummah 5642-7652-7158 Maybank atau datang sendiri ke Pejabat Fitrah Ummah Sungai Penchala

2. Isikan Slip Bayaran (seperti di bawah) dan serahkan kepada wakil Fitrah Ummah atau email ke admin@fitrahummah.com

3. Syarikat akan mengeluarkan Resit Rasmi

4. Pihak Fitrah Ummah akan menyertakan barangan waqaf apabila siap diserahkan kepada yang layak/siap dibina.

Borang Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi – BORANG WAQAF

 

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi

Kita mungkin tidak sedar betapa pentingnya keperluan telekung dan juga perigi untuk saudara Muslim kita di sana. Mungkin kita nampak ia kecil, tetapi, dengan keperluan perigi khususnya di Kemboja, Bangladesh atau Afrika, ia banyak membantu meringankan beban dan sumber air bersih untuk saudara Muslim kita di sana.

Untuk rakan-rakan yang segan nak telefon Ustaz Faizal Eshak atau email fitrahummah@gmail.com, boleh hubungi atau Whatsapp MrJocko untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan. InsyaAllah segala yang korang nak tahu akan MrJocko sampaikan dan jawab sekadar yang mampu.

Terima kasih kerana sudi membaca sedikit perkongsian ini. Bantulah saudara kita, walaupun sedikit. Semoga usaha dan ikhtiar kita untuk mereka diberikan ganjaran pahala berganda, Aminnn.

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi adalah inisiatif Syarikat Fitrah Ummah www.fitrahummah.com Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

#Waqaf #WaqafTelekung #WaqafPerigi #FitrahUmmah #ProjekSmiles

 

Projek Waqaf Telekung Dan Waqaf Perigi
Fitrah Ummah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.