Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

Bulan Ramadhan kembali lagi. Selain dari Pesta Ibadah, bulan ini juga dilimpahi dengan nikmat berbuka yang pelbagai. Ada menu tradisional Melayu ada juga pilihan menu Western yang terkenal. Kali ini MrJocko nak kongsi Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak di outlet Shah Alam baru baru ini.

Merasai menu Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub ialah pertama kali buat MrJocko. Buffet Ramadhan di Menate Steak Hub memang terbaik. Restoran masakan menu premier ‘western’ milik syarikat bumiputera ini adalah antara restoran terbaik di Malaysia yang menghidangkan pilihan daging premium seperti Wagyu dan daging steak yang terbaik.

Beza kali ini, mereka memperkenalkan menu istimewa sempena bulan Ramadhan dengan pilihan Group Steak.

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub

 

Pakej Istimewa Group Steak Ramadhan di Menate Steak Hub ini memperkenalkan menu-menu utama seperti Daging, Ayam, Kambing dan Ikan Siakap. Pilihan yang dihidangkan disamping menu utama ini seperti Bukhari Briyani dan Spaghetti Aglio Olio. Tidak lupa tambahan bersama ialah menu Sauted Vage, Coleslaw dan Creamy Mashed Potatoes.

Sudah pasti bila bulan Ramadhan, menu-menu di Menate Steak Hub ini datang bersama buah Kurma, Kuih Tradisional dan juga buah-buahan tempatan. Menarik di sini, hidangan Air Minuman adalah berkonsepkan Free Flow.

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

 

Kat Menate Steak Hub ni memang ada ramai Chef. Ketua Chef dibantu oleh pembantu Chef yang memang menyediakan menu makanan korang dengan teliti dan mengikut standard yang tinggi.

Lihat sahaja pilihan pembuka selera dan juga pencuci mulut ini. Ada banyak pilihan tambahan untuk menu berbuka di Menate Steak Hub.

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

 

 

Melihat sahaja ke menu utama, pilihan Daging, Ayam, Kambing dan Ikan Siakap memang membuatkan air liur MrJocko kecur. Walaupun MrJocko bukan peminat menu ikan, tetapi memang nampak sedap sangat-sangat.

Belum lagi kalau korang rasa nasi Bukhara Biryani dan juga Spaghetti Aglio Olio. Oh! superb!!!.

Namun, pilihan utama MrJocko untuk menu ramadhan di Menate Steak Hub ini ialah Daging Rusuk. Ia memang dimasak mengikut citarasa MrJocko, ‘well done’ dan kena pula dengan sos black pepper yang memang awesome.

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

Buah Kurma, kuih tradisional, buah-buahan dan pilihan air sirap dan beberapa jus yang Free Flow memang melengkapkan menu berbuka MrJocko di Menate Steak Hub. 

Untuk menu berbuka puasa di Menate Steak Hub ini ada pilihan harga untuk 1 – 2 pax ialah menu Daging + Ayam atau Kambing + Ayam. Untuk pakej 3 – 6 pax pilihan Daging + Kambing + (Ayam atau Ikan Siakap) dan untuk pakej 7 pax ke atas ialah Daging + Kambing + Ayam + Ikan Siakap. Semua menu ini datang dengan tambahan Nasi Bukhara Briyani dan Spaghetti Alio Olio.

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak

 

Review Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub Pakej Group Steak 

Sempena dengan promosi Pakej Istimewa Ramadhan Group Steak di Menate Steak Hub ini harga yang ditawarkan ialah Dewasa RM89.90 dan Kanak-kanak (5 – 12) RM39.90. Kanak-kanak dibawah 4 Tahun ialah PERCUMA.

Kalau korang nak rasa keunikkan dan keenakkan menu berbuka puasa di Menate Steak Hub ini, serkaranglah masanya. Harga dah kira sangat berbaloi tu untuk kualiti menu makanan western yang sedap di Kuala Lumpur dan Selangor.

Promosi sah sepanjang bulan Puasa dan untuk outlet Me’nate Steak Hub Setapak, Me’nate Steak Hub Ampang Jaya, Me’nate Steak Hub Bandar Baru Bangi dan Me’nate Steak Hub Shah Alam.

Nak informasi lanjut boleh layari laman Facebook Fanpage Me’nate Steak Hub https://www.facebook.com/menatesteakhub/

Oh ya, kalau nak tahu, nama sebenar Me’nate dipanggil ‘Me-Na-Te’ oleh Orang melayu. Tetapi cara baca yang betul ialah ‘Mi-Net’ 🙂

Lepas berbuka boleh la pekena Durian pulak http://www.mrjocko.com/2016/06/makan-buffet-durian-kampung-rm10.html

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.