Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal

Hits: 2089

Persepsi orang Malaysia sebelum ini, ramai yang anggap susah cari makanan halal di Koh Samui. Itu tak benar. Di Pulau Samui ini, ada banyak restoran dan gerai yang menjual menu makanan Halal Muslim. Kalau nak tahu, antara hotel terbaik nama Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal.

MrJocko dan rakan-rakan dibawa ke restoran utama di Anantara Lawana untuk berkongsi dengan pembaca tentang ada menu halal di hotel 5 bintang ini. Menarik di sini sebab Executive Chef di Anantara Lawana adalah Chef Muslim yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Kami bertuah dapat mencuba menu terbaik di hotel ini hasil dari masakan Chef Azizs

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal

 

Nak cari info pasal Anantara Lawana Koh Samui Resort ini boleh layari laman web ini http://lawana-chaweng.anantara.com. Tengok la harga bilik Anatara Lawana, lihat la bilik resorts ini dan juga kemudahan yang ada  di hotel 5 bintang ini, semuanya terbaik.

Kami berkesempatan untuk makan tengahari di Ocean Kiss Restaurant di Anantara Lawana Koh Samui. Restoran ini berada bersebelahan dengan swimming pool dan juga di tepi pantai menjadikan pemandangan di sini terbaik.

 

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal
Tomyam Seafood

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal

 

Antara menu yang kami cuba hari tu termasuk menu utama Ikan Siakap Stim, Soft Shell Crab, Green Curry Chicken, Seafood Tomyam, Som Tam, Chilli Prawn, Salted Eggs dan banyak lagi termasuk sayuran serta Kailan Ikan Masin. Pencuci mulut, kami cuba Pulut Mangga dan Aiskrim.

Kalau nak cerita dari segi rasa, memang semua yang kami cuba terbaik. Serius sangat sedap. Ia mempunyai rasa Asli Thai, dengan rasa yang cukup membuatkan MrJocko teruja. Kalau sebelum ini, rasa seperti ini MrJocko makan di restoran di Malaysia. Tapi kini, menu asli Thailand seperti ini diberi nafas kemewahan dan ada di Hotel 5 Bintang seperti Anantara Lawana Koh Samui Resort ini.

 

 

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal

 

Lebih lebih lagi kali ini, kami makan tengahari mengikut turutan ‘course’ yang disusun oleh Chef Azizs sendiri. Bermula dengan pembuka selera, kemudian main course lauk Ikan Siakap dan kemudiannya bila dah habis kami makan pencuci mulut. Wah!!! Memang satu pengalaman baru ditambah dengan rasa menu halal Muslim yang terbaik di Koh Samui.

Pihak hotel Anantara Lawana Koh Samui Resort mengambil inisiatif untuk menyediakan menu halal di resort ini kerana mereka selalu menerima tetamu hotel dari negara Arab dan juga tetamu Muslim seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia. Sebab itu, menu Halal Muslim antara menu yang menjadi keutamaan di sini.

 

Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal Anantara Lawana Koh Samui Resort Ada Chef Muslim Menu Halal

 

Kami semua kenyang sekenyangnya. MrJocko sendiri tambah nasi dua kali. Burp!!! Memang sedap. Setakat ini, kalau ditanya menu makanan Halal Muslim di Koh Samui, menu makanan yang di sediakan oleh Executive Chef Azizs di Anantara Lawana Koh Samui Resort ini adalah yang terbaik.

Maklumlah, kita bila dengar Chef Muslim yang masak, kita lebih yakin untuk makan menu makanan yang disediakan. 

Untuk menu makanan di Anantara Lawana Koh Samui Resort, MrJocko berani bagi 5 Stars out of 5. Memang berbaloi makan di sini. Thumbs up untuk Anantara Lawana Koh Samui.

Terbang terus dari KLIA ke Koh Samui dengan Bangkok Airways. Lebih mudah dan lebih cepat http://www.mrjocko.com/2017/06/penerbangan-terus-bangkok-airways-klia-koh-samui.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.