Celes Beachfront Resorts Koh Samui Syurga Percutian Pantai

Hits: 1807

Ada hotel baru di Koh Samui. Ia dikenali dengan nama Celes. Ya, inilah dia Celes Beachfront Resorts Koh Samui Syurga Percutian Pantai di Koh Samui. Ia terletak di pantai Bophut dengan miliki pantai yang cantik menghadap laut.

Senibina resort ini dimasukkan dengan gaya moden dan juga tropika pokok-pokok yang menghijau di dalam resorts. Pertama kali masuk ke resort ini, umpama ia berada di dunia Celes yang tersendiri.

Celes Beachfront Resorts Koh Samui

Celes Beachfront Resorts Koh Samui

 

Celes Resorts benar-benar menarik inspirasi daripada takrif perkataan yang merujuk kepada langit biru. Sesuai dengan nama Celes Beachfront Resorts, ia mempunyai kelebaran pantai  sepanjang 270 meter menjadikannya satu-satunya resort lima bintang dengan berhadapan pantai terpanjang di pulau tropika Koh Samui.

Menggabungkan struktur moden dengan persekitaran alam yang indah, Celes adalah hasil indah keanggunan dan kesederhanaan. Dari langkah pertama Lobi resort ke bilik, setiap perincian di Celes merangkumi ketenangan nilai keselesaan dan kemewahan.

Celes Beachfront Resorts Koh Samui

Celes Beachfront Resorts Koh Samui
Restoran Eksklusif Celes Resorts Samui
Celes Beachfront Resorts Koh Samui
Restoran

Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh SamuiCeles Beachfront Resorts Koh Samui

 

Semua bilik dan vila-vila di Celes lengkap dengan sentuhan kecanggihan serta kemudahan penting untuk keselesaan anda. Ia dilengkapi dengan sistem hiburan dan WiFi percuma. Anda juga boleh memperibadikan penginapan anda dengan menu kemudahan dan bantal eksklusif khas untuk tetamu Celes beachfront Resorts.

Apa yang MrJocko lihat, di Celes Resorts Samui ini, anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan percutian 5 bintang yang tidak dapat dilupakan dan pengalaman penginapan yang unik.

 

Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui

 

Hotel ini mempunyai sebuah pantai luar kolam renang air masin, pusat kecergasan, spa dan restoran. Celes juga menawarkan aktiviti di tapak kemudahan seperti kelas memasak Thai dan kelas Muay Thai. Untuk aktiviti luar yang tidak ada dalam senarai aktiviti resorts, korang boleh dapatkan khidmat bantuan dari staff terlatih Celes untuk pilihan pelbagai aktiviti sampingan sepanjang berada di Celes Beachfront Resorts ini.

 

Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui Celes Beachfront Resorts Koh Samui

 

Kali ini MrJocko tak berkesempatan untuk menginap di sini kerana ia belum dibuka sepenuhnya. InsyaAllah, selepas ini kalau ke Koh Samui, nak cuba menginap di Celes Resorts Samui ini 🙂

Untuk tempoh terhad sempena dengan promosi Celes Beachfront Resorts ini mereka menawarkan harga pakej penginapan dengan diskaun sehingga 35%. Harga bilik di Celes Beachfront Resorts bermula dari THB3,850. Layari laman web rasmi mereka di http://www.celesresorts.com

Kredit gambar dari kamera Sony A7sII dan Sony X3000R http://www.mrjocko.com/2017/02/unboxing-sony-fdr-x3000r-action-cam.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.