Fisherman’s Village Night Market Koh Samui Thailand

Hits: 725

Seperti destinasi percutian menarik yang lain di Thailand, Koh Samui juga ada banyak tempat membeli belah yang murah boleh korang kunjungi. Antara yang paling popular ialah Fisherman’s Village Night Market Koh Samui Thailand. Ia pasar malam yang agak besar dan menawarkan banyak pilihan untuk semua.

Asalnya, menurut diberitahu ia bermula dari destinasi tempat makan-makan menu makanan laut. Ini kerana ia terletak di tepi pantai dan kampung nelayan yang memang menjual banyak makanan laut yang murah dan segar. Lama kelamaan selepas ia menjadi tumpuan pelancong, ia mula berkembang dengan beberapa kedai dan menjadi antara pasar malam yang disukai pelancong sehingga kini.

Fisherman’s Village Night Market Koh Samui Thailand

fisherman's village night market 11 copy

Katanya, pasar malam di Kampung Nelayan Pantai Bhoput di Koh Samui ini berlangsung meriah pada setiap hari Jumaat malam. Dari makanan laut, pakaian, aksesori, souvenirs, barang collector items, produk tempatan, perembahan ‘street show’ dan banyak lagi boleh korang jumpa di sini.

Waktu malam memang agak ‘hidup’ di kawasan ini kerana ramai yang singgah untuk makan malam si sepanjang susur pantai Bhoput. Kini ia semakin hidup sebab ada banyak kedai yang menjual produk dari Thailand yang murah dan menarik.

Fisherman's Village Night Market Fisherman's Village Night Market fisherman's village night market 11 copy fisherman's village night market 11 copy fisherman's village night market 11 copy

Tips kalau nak beli barang di kebanyakkan pasar malam di Thailand, biasakan diri untuk tawar menawar sehingga 30% hingga 50%. InsyaAllah, biasanya kalau korang nak beli barang tu dengan kuantiti yang lebih dari satu atau dua, mereka akan jual dengan harga yang murah. 

Paling menarik kalau MrJocko ke Thailand, biasanya akan beli T-Shirt. Ini kerana T-Shirt di sini berkualiti dan harga pun lebih murah berbanding di Kuala Lumpur. Kalau pandai cari, boleh dapat sekitar THB100 sahaja untuk kualiti kain T-Shirt yang cantik.

Pastikan korang beli selepas tawar menawar. Kalau sekadar tawar menawar main-main, nanti korang akan kena marah…

 

fisherman's village night market 11 copy fisherman's village night market 11 copy fisherman's village night market 11 copy fisherman's village night market 11 copy

 

Oh ya, tempat kami massage & spa masa kat Samui juga terletak di susur jalan Fisherman’s Village ini. Nak baca cerita massage happy ending boleh baca sini 🙂 http://www.mrjocko.com/2017/06/massage-spa-di-koh-samui-thailand.html

Kalau nak tahu apa lagi yang menarik boleh korang lakukan di Fisherman’s Village ini boleh baca cadangan dari blogger ini http://www.thedesiwonderwoman.com/2014/09/five-must-do-things-in-koh-samui.html

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.