Cerita Mitos Kisah Grandpa Grandma Rocks Di Koh Samui

Hits: 654

Sesuatu yang lain dari kebiasaan bila melancong ke Koh Samui. Pulau ini terkenal juga dengan satu Cerita Mitos Kisah Grandpa Grandma Rocks Di Koh Samui. Apa yang popular sangat tentang kisah Grandpa Grandma Rocks? Kalau orang tempatan, Thailand, mereka lebih kenali kisah ini dengan cerita Hinta Hinyai Rocks.

Kalau nak tahu, cerita Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui ini ialah satu lokasi batu-batuan di tepi pantai yang membentuk formasi geologi semulajadi yang dikenali sebagai Hin Ta dan Hin Yai Rocks (batu Datuk dan Nenek). Kalau dilihat dari mata kasar, kedua-dua batu utama ini menyerupai seperti alat kelamin lelaki dan perempuan.

Grandpa Grandma Rocks Di Koh Samui

Grandpa Grandma Rocks Di Koh Samui

 

Batu-batu yang terkenal di Koh Samui ini terletak di tepi pantai. Ia berada di antara Lamai Beach dan Hua Thanon Beach. Senang sahaja kalau nak ke sini, samada memandu atau menaiki teksi dan Tuk Tuk. 

Kisah Grandpa Grandma Rocks ini menjadi terkenal ekoran cerita mitos atau legenda tentang kejadian dahulu kala. Katanya ada pasangan tua yang mempunyai anak yang sudah tiba waktu untuk berkahwin dan mereka bersungguh mahu mencari calon untuk anak mereka.

Mereka dikenali sebagai Ta Kreng (Grandpa Kreng) dan Yai Riem (Grandma Riem).

Satu hari, mereka berdua bercadang untuk belayar ke Prachuap Khiri Khan ( Entry MrJocko tentang Khiri Khan http://www.mrjocko.com/tag/khiri-khan untuk mencari calon dan meminang anak Monglai. Tetapi perjalanan pelayaran bot mereka menghadapi masalah dan dilanda ribut. Oleh kerana mereka tidak pandai berenang, maka keduanya mati lemas dan meninggalkan batu yang menyerupai batu yang ada sekarang ini.

Betul ke tidak? Korang cari la sendiri kebenarannya.

 

Grandpa Grandma Rocks

 

Pantai berhampiran Grandpa Grandma Rocks ini tidak sesuai untuk berenang. Namun kalau untuk berehat menikmati pemandangan laut, ia menjadi pilihan yang boleh anda cuba di Koh Samui. 

Di sekitar Hin Ta dan Hin Yai Rocks ini juga ada banyak kedai menjual cenderahati, pakaian, poskad, minuman dan makanan ringan termasuk minuman manis Thailand yang terkenal dipanggil ‘galamae’. 

Orang Thai Panggil Hin Ta dan Hin Yai Rocks

Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui Grandpa Grandma Rocks di Koh Samui

 

Untuk masuk ke Grandpa Grandma Rocks ini tidak perlukan apa-apa bayaran. Ia Percuma dan dibuka setiap masa. Namun masa melawat yang sesuai antara jam 8.00am sehingga jam 7.00pm.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini http://www.kosamui.com/lamai-beach/hinta-hinyai.htm

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.