Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui

Hits: 676

Tak kira samada korang peminat Hard Rock Cafe atau tidak, destinasi Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui. Kalau tak nak shopping pun tak mengapa, boleh sekadar singgah cuci mata untuk lihat beberapa koleksi limited edition T-Shirt, Topi, Fridge Magnet, Pin dan banyak lagi souvenir menarik, khas untuk Koh Samui.

Sememangnya, jika anda seorang kembara, sudah pasti akan tahu bahawa beberapa koleksi Hard Rock Shop memang menjadi ‘simpanan’ ramai Hard Rock Cafe Collector. Samada T-Shirt, Fridge Magnet, Pin dan banyak lagi.

Hard Rock Cafe Koh Samui

Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui

 

Hard Rock Cafe Koh Samui baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Lokasi berada di tengah kesibukkan jalan utama berdekatan dengan pusat membeli-belah Central Festival Koh Samui.

Hanya beberapa minit berjalan kaki, korang akan nampak ikon Gitar Hard Rock Cafe yang menjadi ‘trade mark’ mereka. Lagipun warna kuning kemerahan di outlet Hard Rock Cafe ini pasti akan memudahkan korang mencarinya.

 

Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui

 

Untuk design T-Shirt Hard Rock Cafe Koh Samui, ia antara design yang cantik dan pelbagai. Boleh kata ada banyak rekaan T-Shirt Limited Edition yang ada dijual di sini. T-Shirt khas pembukaan tahun 2016 masih lagi dijual dan kalau korang sempat jumpa, boleh beli untuk simpanan sendiri.

Namun, untuk harga T-Shirt di Hard Rock Cafe Koh Samui, MrJocko rasa ia agak mahal berbanding lokasi lain sepert di Vietnam, Indonesi dan juga Malaysia. Dengan average harga THB1600, ia menyamai harga sekitar RM200 di Malaysia. Kebiasaannya harga T-Shirt seperti ini sekitar RM150 sahaja.

Harga T-Shirt Hard Rock Cafe Dubai juga agak murah berbanding harga di Hard Rock Cafe Koh Samui http://www.mrjocko.com/2015/10/hard-rock-cafe-dubai-wajib-singgah.html

 

Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui Hard Rock Cafe Koh Samui Destinasi Wajib Lawat Di Samui

 

Untuk harga Fridge Magnet, Pin, Topi dan beberapa barang lagi di sini juga agak mahal. Jadi kalau nak beli, baik cari yang lebih bernilai seperti koleksi Limited Edition atau koleksi Special. Mana tahu, selepas beli, boleh dibuat koleksi Vintage dan dijual balik dengan harga yang Mahal.

Untuk pilihan produk dalam kedai Hard Rock Cafe Koh Samui, ia banyak pilihan dan pelbagai. Untuk Mat Salleh, mungkin ia berbaloi untuk dibeli memandangkan tukaran wang yang lebih besar. tetapi untuk kita di Malaysia, kalau ada pilihan, boleh tunggu untuk beli koleksi lain.

Tapi, kalau nak beli, apa salahnya. Ia mungkin menjadi koleksi peribadi yang akan menjadi kesayangan korang.

Sebelah Hard Rock Shop ada restoran Hard Rock Cafe. Sebelah menyebelah tetapi tidak ramai pengunjung. Ia tak semeriah tempat lain, mungki sebab di sekitar Koh Samui ada banyak lagi restoran yang menarik. http://www.hardrock.com/cafes/koh-samui/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.