GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Cantiknya Pemandangan Di Jeongseon Gangwon Province Korea

Kalau lihat gambar-gambar dibawah, mesti akan ada yang kata Cantiknya Pemandangan Di Jeongseon Gangwon Province Korea. Kalau nak tahu Jeongseon adalah sebuah daerah di Wilayah Gangwon, Korea Selatan. Ia terkenal sebagai kampung halaman “Jeongseon Arirang” lagu lama tradisi Korea.

Kalau nak tahu, ia juga merupakan kampung halaman pelakon terkenal Won Bin dan pemain bola sepak Seol Ki-hyeon.

Di sini, ada satu Stadium yang akan menjadi satu lagi lokasi untuk sukan Winter Olympic 2018 PyeongChang yang dikenali sebagai Stadium Jeongseon.

Jeongseon Alpine Centre adalah kawasan ski alpine yang sedang dibangunkan di Korea Selatan. Ia terletak di tapak gunung Gariwang dikawasan Bukpyeong di daerah Jeongseon.

Di Jeongseon, mereka akan menganjurkan acara Alpine Downhill, Super-G dan Acara Gabungan. Kawasan ini mampu menampung seramai 6,000 penonton. Acara teknikal slalom dan slalom gergasi dijadualkan di Yongpyong Resort. Pusat ini dibuka secara rasmi pada 22 Januari 2016.

 

Jeongseon Gangwon Province

 

Tarikan Pelancong di Jeongseon Gangwon Province Korea
    
Sungai Auraji yang cantik. Auraji adalah nama sebuah tasik yang berasal dari Jeongseon Arirang. Kawasan ini telah lama terkenal dengannya keindahan Gunungnya dan sungai yang bersih. Namanya berasal dari perkataan Korea ‘어우러 지다 eoureojida,’ yang bermaksud ‘untuk bertemu’ kerana perairan Pyeongchang dan Samcheok bertembung di kawasan ini.

Antara aktiviti menarik di sini ialah merasai pengalaman menaiki rakit tardisional di sepanjang Sungai Auraji. Dulu rakit ini digunakan untuk mengangkut kayu ke Hanyang, nama asal Seoul.

Ramai pelancong melawat Sungai Auraji untuk menikmati pemandangan indahnya serta menghayati beberapa kisah sejarah lama di sini.

 

Jeongseon Gangwon Province Korea

 

Satu lagi tempat wajib lawat di sini ialah Jeongseon 5 Day Market. Ia adalah salah satu ‘pasar’ yang unik di Korea dan dibuka pada setiap tarikh  2, 7, 12, 17, 22, 27 pada setiap bulan.

Di pasar ini, pengunjung dapat me;ihat suasana sibuk penduduk Korea berjual beli hasil pertanian dengan harga yang rendah. Produk yang terkenal di sini seperti Goraengji, iaitu sayuran yang tumbuh di kawasan pergunungan setinggi 500 ~ 700m di atas paras laut.

Kalau korang bernasib baik, korang akan dapat menonton pertunjukan muzik berjudul ‘Pan Arirang’ di pusat Arirang. Ia satu persembahan muzik yang berirama dan menyeronokkan!

Kalau anda sukakan tempat tinggi, boleh ke Observatorium Byeongbangchi yang terletak di antara Gyuram-ri dan d Buksil-ri di Jeongseon-eup. Di sini mempunyai pemandangan yang menakjubkan di sekitar Pulau Bamseom. Pengalaman di sini menarik kerana anda berada di atas cermin dengan tepi tebing pada ketinggian 583m. Dari sini, pelancong dapat melihat keindahan Pulau Bamseom dan Donggang River, menjadikannya titik yang menarik untuk dikunjungi.

 

Jeongseon Gangwon Province Korea
Jeongseon Gangwon Province Korea

Jeongseon Gangwon Province Korea

 

Untuk yang sukakan aktiviti yang lebih lasak dan juga berbeza, ada satu ;agi yang boleh korang cuba. Jeongseon Rail Bike ialah basikal kereta api di Jeongseon Auraji. Ia tarikan terbaru di sana yang menggabungkan basikal dan rel keretapi di sepanjang jalan untuk menikmati pemandangan indah di sini.

Sukan ini menggunakan trek kereta api terbengkalai di Jeongseon Auraji ke Gujeol-ri. Kalau diikutkan, panjang rel keretapi ini ialah 7.2km dan ia menyusuri banyak tempat menarik di sekitar Jeongseon. Basikal kereta api bermula di stesen Gujeol-ri dan berakhir di Stesen Auraji. Ia pasti satu pengalaman yang menarik.

Kalau nak cuba boleh lawati informasi tentang Rail Bike di sini http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1990426

Untuk korang yang minat tentang arts, ada juga lokasi yang boleh korang singgah di Samtan Art Mine, sebuah kompleks seni budaya yang diubah dari sebuah lombong terbiar di kaki Gunung Hambaeksan. Dulu, ia tempat perlombongan utama arang batu di Korea. Nama ‘Samtan’ merujuk kepada Samcheok Tanjwa, salah satu lombong arang batu utama di Korea.

Jeongseon Gangwon Province Korea Jeongseon Gangwon Province Korea

 

Terdapat banyak ruang seni budaya di seluruh negara, tetapi Samtan Art Mine menarik pengunjung untuk ditempatkan di dalam tapak lombong sebenar. Dibuka pada tahun 1964 sebagai sebuah pertubuhan perindustrian, lombong ini beroperasi sehingga Oktober 2001. Samtan Art Mine menarik makna artistik yang lebih mendalam kerana sejarah yang memalukan ini.

Bonus di Jeongseon ialah lokasi penggambara drama terkenal pada tahun 2016, ˹Desains of the Gods. Dalam episod 12, Kalau anda peminat drama Korea ˹Desains of the Gods, ini tempat yang boleh anda singgah untuk bergambar.

Apa lagi, rancang percutian korang ke Jeongseon Gangwon Province Korea. Ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan pasti ia berbeza dari destinasi lain yang pernah korang kunjungi. #WowPyeongChang #WinterOlympic2018 

Kalau nak ke Ganwon Province, boleh cuba untuk menaiki keretapi laju dari Seoul  ke PyeongChang. Nak tahu tempat menarik di Gangwon boleh baca sini http://www.mrjocko.com/2017/04/tempat-menarik-di-pyeongchang-stadium.html

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.