GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui

Ada restoran special di Koh Samui khas buat rakan Muslim. Ia dikenali sebagai Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui. Kenapa special? Sebab menu di sini menu seafood yang sangat sedap dengan pilihan harga yang murah. Pelbagai pilihan udang, ketam, sotong, ikan dan juga menu seafood lain dimasak cara kampung dengan harga yang berpatutan.

Jarang sekali kalau di Kuala Lumpur kita dapat makan menu masakan seafood yang segar dan murah. Tetapi di sini, Restoran Melayu Samui Seafood ada banyak pilihan. Ini kerana, lokasinya yang berdekatan dengan laut dan majoriti orang Muslim di sini ramai yang bekerja sebagai nelayan.

Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal

Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui

 

Walaupun di sini adalah lokasi penempatan Muslim di Koh Samui, tetapi rakan yang bukan Muslim pun boleh cuba menu sedap di Restoran Melayu Samui Seafood. Percayalah, harga yang dijual disini agak murah berbanding lokasi restoran yang dijual di sekitar Pantai Chaweng.

Restoran ini hanya biasa-biasa, tetapi mereka boleh menyediakan menu makanan untuk sehingga 50 orang dalam satu masa. Jangan risau, ada meja dan kerusi boleh korang cuba menu makanan sedap di Koh Samui ini.

Kalau korang dah cuba makan di sini, MrJocko boleh jamin korang akan terduduk seketika kerana terlalu kenyang. 🙂 Maklumlah kami memang dah lapar, kena pula dengan menu Halal Muslim Seafood yang sedap, pasti akan tambah nasi.

 

 

Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui

 

Alhamdulillah masa kami singgah untuk makan malam di Melayu Samui Seafood, kami dihidangkan dengan menu Tomyam, Udang Bakar, Ketam, Ikan Kering, Sotong dan banyak lagi menu asli masakan Thailand halal di sini.

Boleh kata, ia antara hidangan seafood yang paling segar dan paling sedap pernah MrJocko rasa setakat ini. Lagipun, menu yang disediakan ada citarasa kampung, tidak seperti menu masakan hotel yang terlalu kompleks.

 

Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui Melayu Samui Seafood Restoran Muslim Halal Di Koh Samui

 

Kalau dilihat dari restoran ini, ada banyak ‘sticker’ persatuan, kelab motor dan badan-badan tertentu yang pernah singgah di sini untuk menjamu selera. Rupanya, restoran ini antara restoran Halal Muslim terkenal di Koh Samui.

Oh Ya, kalau ke sini boleh juga cuba Teh Tarik yang diorang buat. Kira ada ‘kick’ dan boleh tahan kesedapannya.

Ada banyak review dari Tripadvisor berkenaan dengan Restoran Melayu Samui Seafood ini. Baca sini https://www.tripadvisor.com.my/ShowUserReviews-g2314594-d10038180-r342034521-Melayu_Samui_Seafood_Restaurant-Maret_Ko_Samui_Surat_Thani_Province.html

Lokasi restoran ini agak ke dalam dan berada di dalam perkampungan Muslim di Koh Samui. Boleh baca entry ini http://www.mrjocko.com/2017/06/kampung-melayu-koh-samui-ada-komuniti.html

 

melayu samui seafood restaurant

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.