Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

Hits: 697

Antara resort yang terkenal dan eksklusif di Koh Samui ialah Nora Buri Resort Spa. Ia adalah resort tepi pantai yang menyediakan servis penginapan dan percutian yang akan membuatkan pengalaman korang di Koh Samui menjadi ‘priceless’. Tambah lagi, di sini ada Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui.

Bukan sahaja resort yang cantik menghadap laut, bilik yang awesome, kolam mandi yang menarik, mereka juga ada menyediakan menu halal muslim Thailand kepada tetamu mereka yang beragama Islam.

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

 

Siapa yag pernah ke Thailand, pasti tidak akan lupa dengan rasa enak menu masakan asli Thailand. Tak kira lah menu terkenal Tomyam atau Som Tam, semua akan menjadi pilihan makanan untuk menu makan tengahari atau makan malam.

Yang pasti, rasa makanan di Nora Buri Resort Spa ini memang antara menu terbaik pernah MrJocko rasa selama kembara ke negara Thailand ini.

 

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

 

Kami sempat merasa menu makanan yang sedap cara resipi masakan Thailand di Manora Restaurant, salah satu restoran yang ada di Nora Buri Resort & Spa https://www.noraburiresort.com. Restoran ini mempunyai 3 tingkat termasuk ruang kafe, ruang makanan public dan juga ruang makanan khas atau VVIP.

Jadi, kalau korang menginap di sini, jangan risau pasal makanan. InsyaAllah, kalau korang request awal-awal, mereka boleh mneyediakan pakej makanan tengahari dan makan malam terbaik, lebih-lebih lagi kalau korang datang ke sini berkumpulan.

Mana tahu kalau nak buat Team Building atau Family Day Company di Koh Samui, boleh la cuba untuk anjurkan program di sini. Mereka ada kemudahan lengkap termasuk ruang dewan yang luas dan kemas teratur.

 

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui
Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

 

Alhamdulillah, kali ini MrJocko berpeluang merasai lebih dari 10 menu utama yang mereka ada di Nora Buri Resort & Spa Koh Samui. Bermula dengan pembuka selera, kami dihidangkan kemudiannya dengan menu utama.

Semua memang menu eksklusif mereka. Antara yang MrJocko cuba, Ayam Udang SSom Tam, Ketam Goreng, Udang Masak Lemak, Udang Gulai Hijau, dan semestinya Tom Yam Thailand yang terkenal.

Untuk menu kali ini, MrJocko boleh katakan, semua menu kat sini memang sedap-sedap belaka, lebih-lebih lagi Ketam Gulai Hijau dan juga semestinya Tomyam Putih.

 

Menu Halal Muslim Di Nora Buri Resort Spa Koh Samui

 

Untuk menu makan tengahari di Nora Buri Resort Spa Koh Samui ini, ia antara menu terbaik setakat ini. Bukan sahaja dari segi rasa, tetapi ambiance restoran yang tenang dan selesa, pilihan menu yang pelbagai serta rasa menu yang sangat sedap untuk semua.

Untuk pakej hanoeymoon di sini, satu pilihan bijak bagi mereka yang nak rasa ketenangan dan keindahan pemandangan Nora Buri Resort Spa Koh Samui. 

InsyaAllah, kalau ada rezeki, selepas ini nak rasa pengalaman menginap di Nora Buri Resort & Spa di Koh Samui Thailand.

Untuk ke sini, lebih mudah terbang ke Koh Samui dari Kuala Lumpur dengan pesawat terbang terus Bangkok Airways http://www.mrjocko.com/2017/06/penerbangan-terus-bangkok-airways-klia-koh-samui.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.