Pengalaman Pelayaran Mewah Kia Ora Catamaran Di Koh Samui

Hits: 479

Impian nak belayar naik kapal layar dah lama. Sebelum ni tak pernah ada rezeki. tapi kali ini, impian ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, MrJocko nak kongsi Pengalaman Pelayaran Mewah Kia Ora Catamaran Di Koh Samui yang memang mengasyikkan. Untuk kali ini, kapal ini di sewa khas untuk kami semua merasai pengalaman hebat di Koh Samui.

Kali ini pengalaman naik kapal layar Kia Ora Catamaran agak istimewa sebab kami akan menikmati pemandangan matahari terbenam. Tempat kami naik di Fisherman Village Samui yan terletak di persisir Pantai Bophut.

Pengalaman Pelayaran Mewah Kia Ora Catamaran Di Koh Samui

Pengalaman Pelayaran Mewah Kia Ora Catamaran Di Koh Samui

 

Sebenarnya selain dari pakej belayar melihat matahari terbenam (sunset) di Koh Samui ini, ada pakej lain yang menarik ditawarkan oleh Kia Ora Catamaran. Ia termasuk pakej Private Day Trip, Photo Shooting Session, Dinner in the Yacth dan juga Wedding Package.

Harga pakej belayar di pelayaran mewah dan eksklusif ini bermula dari harga THB3200. Untuk pakej tempahan khas, ia bermula dari harga THB28,000 untuk satu pakej perjalanan dengan maksima tetamu 10 orang. Ia biasanya termasuk dengan makanan dan minuman ringan.

 

Kia Ora Catamaran di Koh Samui Kia Ora Catamaran di Koh Samui Kia Ora Catamaran di Koh Samui

 

Untuk pengalaman seperti ini sebenarnya boleh korang cuba kalau ada duit lebih atau datang ke sini dengan kumpulan yang ramai. Ambil contoh, kalau pakej yang THB28,000, kalau ada 10 orang boleh pakat bayar. Untuk THB2800 seorang selama 2 jam dengan pelayaran mewah seperti ini pasti akan beri pengalaman baru.

Sesekali, tak salah kalau nak cuba. 

 

Kia Ora Catamaran di Koh Samui Kia Ora Catamaran di Koh Samui Kia Ora Catamaran di Koh Samui

 

Lagipun, ia berbeza dari menaiki bot biasa atau bot pelayaran seperti Cruise Superstar Libra http://www.mrjocko.com/2013/12/menaiki-cruise-superstar-libra.html. Ini antara Yacth yang mempunyai konsep privacy dan boleh bergerak di laut untuk masa yang lama dengan faktor keselamatan yang diyakini. 

Bayangkan kalau dalam beberapa jam melayari ombak pantai dan laut sambil menikmati pemandangan indah serta makan minum. Memang best!!! Percaya lah…

Bayangkan kalau cuaca cantik, angin pun elok, korang akan terasa nikmat yang ada didunia ini dan pasti akan bersyukur dengan keindahan alam semulajadi. Sayangnya, masa MrJocko ke sini, cuaca agak redup dan agak mendung. Nasib baik tak hujan. 

Walauapapun, Alhamdulillah, ia tetap satu pengalaman melayari Yacth terbaik pernah MrJocko rasai sendiri di Koh Samui.

Kalau nai tahu info pasal Kia Ora Catamaran i=ni boleh layari laman web www.kiaorathailand.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.