LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi

Hits: 871

LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens guna Scoot WiFi. Scoot inaugural flight from Singapore to Athens, Greece. Ini adalah pengalaman pertama MrJocko sebagai Travel Blogger Malaysia untuk merasai pengalaman bersama Scoot Air. Ini juga pengalaman pertama MrJocko review in-flight WiFi dari Scoot WiFi. Tak lupa, ini juga pertama kali MrJocko akan jejak kaki ke tanah Eropah.

Untuk pakej hiburan dalam Scoot Air, korang boleh pilih untuk beli pakej Scoot TV ataupun Scoot WiFi. Kali ni, MrJocko nak share dulu, pengalaman guna Scoot WiFi. Untuk info, ini adalah entry LIVE dalam pesawat dari ketinggian sekitar 30,000 kaki.

LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi

 

LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi

 

Untuk pakej yang MrJocko guna ini ialah pakej Unlimited Bites yang bermula dari harga USD11.95. Akses ke laman web www.scootwifi.com adalah percuma dari dari situ, korang boleh lihat pakej-pakej lain yang menarik ada semasa penerbangan bersama Scoot Air.

Untuk penerbangan ‘long haul’ seperti ini, Singapore to Athens, sudah pasti tempoh 10 jam 30 minit akan buat korang rasa boring. Sebab itu, kalau guna pakej Scoot WiFi ini, korang boleh akses internet dan berhubung dengan laptop, tablet atau smartphone.

 

LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi

 

Kalau nak tahu, Scoot Airlines dah bergabung dengan TigerAir http://www.mrjocko.com/2017/06/penggabungan-scoot-dan-tigerair.html

Akses untuk internet dalam penerbangan Scoot Air kira ‘fair’ Upload gambar, update Facebook Status, lihat video pendek masih boleh lagi. Wak laju, tetapi untuk kegunaan asas memang ia berbaloi. 

MrJocko sendiri mencuba untuk upload ‘LIVE UPDATE’ di blog dengan entry ini. Masa upload gambar dan menaip, memang tak rasa beza. Smooth dan cepat juga. Make sure jangan guna saiz pixel yang besar. Cukup saiz sekitar 800 X 600. 

Rasanya, untuk value USD11.95 Unlimited Bites dengan Scoot WiFi memang berbaloi. Kalau korang ada rakan, kongsi-kongsi la, lagi jimat. 

Selepas 7 jam dan kini ada 3 jam 30 minit lagi untuk kami sampai di Athens. Doakan perjalanan kami selamat sampai, InsyaAllah. 

MrJocko masih lagi dalam mood Puasa. Tadi sahur sekitar jam 7.00 am waktu Malaysia. Harap- harap dapat jalani ibadah puasa sebaiknya ketika di Athens. Katanya waktu berbuka di sini agak lambat berbanding di Kuala Lumpur. Kita tengok la nanti.

Untuk gambar menarik dan info tentang Athens serta pengalaman Puasa di Greece, boleh follow Fanpage MrJocko tau Facebook personal Rosmadi Shakri, Travel Blogger Malaysia.

Antío gia tóra!!! (Goodbye for now)

One Comment on “LIVE Dari Scoot Air Penerbangan Singapore Ke Athens Scoot WiFi”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.