Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

Hits: 8440

Ada satu FAM Trip yang MrJocko sertai pada bulan Mei 2017. Kali ini, tujuannya untuk memperkenalkan Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui. Direct Flight KLIA ke Koh Samui ini semestinya penerbangan yang lebih pantas dan mudah untuk korang yang nak bercuti di Koh Samui Thailand. Kalau korang nak tahu, Bangkok Airways adalah penerbangan Boutique Airlines yang memang terbaik.

Mungkin tak ramai yang tahu, jika nak terbang terus ke Koh Samui dari KLIA (Malaysia) sekarang hanya ada satu syarikat sahaja yang menyediakan perkhidmatan tersebut iaitu Bangkok Airways.

Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

 

Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

 

Sebelum ini, ramai juga pelancong yang terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Surat Thani untuk ke Koh Samui. Sebenarnya, ia satu perjalanan yang agak panjang dan memenatkan.

Sebab, dari Kuala Lumpur ke Surat Thani memakan masa perjalanan selama 1 jam. Dari Lapangan Surat Thani ke Jetty Donsak Pier memakan masa 1 jam 30 minit. Seterusnya menunggu untuk menaiki Ferry sekitar 30 minit. Dan perjalanan menaiki Ferry ke Koh Samui sekitar 1 jam 30 minit.

Jumlah perjalanan dari Kuala Lumpur jika menggunakan penerbangan ke Surat Thani memakan masa selama lebih kurang 4 jam 30 minit.

Ini tidak termasuk kos bayaran tambahan untuk bayaran Bas, Ferry dan juga pengangkutan lain.

 

Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui
Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

 

Untuk perjalanan lebih mudah dari Kuala Lumpur ke Koh Samui, ambil sahaja penerbangan terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui dengan hanya memakan masa selama sekitar 1 jam 40 minit sahaja dengan keselesaan yang memuaskan.

Bayangkan, perjalanan korang lebih mudah bila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Samui.

Bangkok Airways KLIA Koh Samui Thailand

Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh SamuiPenerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh SamuiPenerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

 

Lagipun untuk penumpang Bangkok Airways KLIA ke Koh Samui, ada pilihan menu Halal untuk semua pelanggan Muslim, bagasi 20kg untuk setiap penumpang dan juga kemudahan lounge PERCUMA kepada semua pemegang tiket Bangkok Airways. Diorang ada ‘Economy Lounge’ untuk pemegang tiket Bangkok Airways.

 

Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui

 

Maksudnya kalau korang terbang dengan Bangkok Airways, tak perlu tunggu pegang tiket business class. Semua penumpang layak untuk menikmati perkhidmatan Bangkok Airways Lounge. Cuma bezanya, mereka ada pilihan Boutique Lounge, Blue Ribbon Lounge, Lounge Service dan juga Courtesy Corner. Boleh semak di sini http://www.bangkokair.com/Lounge/View/32

Kalau ada lounge, senang la nak lepak sementara tunggu flight dan boleh makan-makan percuma 🙂

Masa MrJocko terbang dari KLIA ke Koh Samui, MrJocko makan menu Nasi dengan Lauk Ayam Gulai yang memang sedap. Pilihan sayur juga memang segar dan kombinasi buahan dan pencuci mulut memang awesome. Untuk info, dapur halal Bangkok Airways disahkan oleh The Central Islamic Committee of Thailand.

Jadi, untuk pengalaman melancong ke Koh Samui yang lebih mudah, senang dan indah, cuba naik flight Bangkok Airways KLIA ke Koh Samui. Pasti korang akan berpuas hati dengan perkhidmatan Boutique Flight dari Thailand ini.

Nak travel murah ke Thailand? Boleh baca entry MrJocko yang ini http://www.mrjocko.com/2015/12/travel-murah-ke-bangkok.html

3 Comments on “Penerbangan Terus Bangkok Airways KLIA Koh Samui”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.