Samui International Airport Satu Satunya Lapangan Terbang Di Koh Samui

Koh Samui memang menjadi destinasi popular di Thailand sejak puluhan tahun yang lalu. Mungkin sebab ramai pelancong ke sini, di sini didirikan satu lapangan terbang yang unik dipanggil Samui International Airport. Samui International Airport Satu Satunya Lapangan Terbang Di Koh Samui. Lapangan terbang ini menjadi nadi pelancongan bagi pulau hebat ini sejak ia mula ditubuhkan.

Samui International Airport  atau kod nama airport USM ini juga dikenali dengan nama Ko Samui Airport atau Koh Samui Airport. Lapangan terbang ini dipunyai oleh badan korporat persendirian di Koh Samui.

Samui International Airport

Samui International Airport

 

Terletak kira-kira hanya 2km dari pusat nadi Koh Samui dan hanya berdekatan dengan destinasi popular di Koh Samui iaitu Chaweng Beach. Bangunan airport ini didirikan oleh syarikat Bangkok Airways www.bangkokairways.com sejak tahun 1982 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1989 lagi. 

Pertama kali sampai di lapangan terbang ini, rasa macam ‘airport koboi’ sahaja. Tetapi bila sudah memasuki ruang ketibaan dan ruang perlepasan, ia agak unik dan menarik. Konsep lapangan terbang ‘terbuka’ ini lain dari kebiasaan lapangan terbang lain yang pernah MrJocko lalui.

 

Samui International Airport Koh Samui Samui International Airport Koh Samui Samui International Airport Koh Samui Samui International Airport Koh Samui

Ada laluan untuk imigresen, kastam dan pihak berkuasa tempatan dengan beberapa kiosk jualan tiket kapal terbang, travel agent, perkhidmatan ttravel dalam Koh Samui, kedai cenderahati, tandas dan semestinya ruang lounge dan VIP Lounge.

Untuk info korang, lapangan terbang Koh Samui Airport ini adalah lapangan terbang ketujuh paling sibuk di Thailand dan menguruskan lebih dari 1 juta penumpang setiap tahun.

Koh Samui Airport Koh Samui Airport Koh Samui Airport Koh Samui Airport

 

Samui International Airport mempunyai dua terminal utama iaitu untuk penerbangan domestik dan juga pernerbangan antarabangsa. Menarik di sini, jika korang pemegang tiket Bangkok Airways, korang layak untuk menikmati ‘complimentary’ snacks dan minuman di ruang Bangkok Airways lounge, tidak kira samada korang pemegang tiket Kelas Ekonomi atau Kelas Business. Jadi, kalau nak berlepas ke mana-mana untuk penerbangan, boleh la layan makan dan minum dulu sebelum naik flight :).

Sekitar Koh Samui Airport juga ada banyak hotel, resort dan homestay. Tak perlu pergi jauh kerana berdekatan kawasan ini ada banyak tarikan utama seperti Big Buddha bagi penganut agama Buddha, pulau Koh Pha Ngan,Koh Tao dan Chumpon

Oh ya, untuk info juga, antara syarikat penerbangan yang beroperasi di sini termasuk Bangkok Airways, Thai Airways, LuckyAir dan SilkAir. 

Kalau dah sampai di Koh Samui, jangan lupa ke Kampung Melayu untuk merasa menu masakan Thailand Asli yang halal, sedap dan murah http://www.mrjocko.com/2017/06/melayu-samui-seafood-restoran-muslim.html

Tempat Menarik di Koh Samui

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.