Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities Pengalaman MrJocko

Hits: 527

Acropolis terkenal dengan sejarah ribuan tahun dan tinggalan cerita Mitos yang popular bertahun lamanya. Manakala Acropolis Museum pula adalah muzium yang memfokuskan tentang ‘archaeological’ tentang Acropolis. Nak kongsi kisah Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities Pengalaman MrJocko sendiri ketika melawat Athens dengan penerbangan FlyScoot baru baru ini.

Muzium yang sentiasa penuh dengan pengunjung ini adalah satu kemestian kalau korang melawat Athens. Wajib lawat kerana ia ada koleksi tinggalan sejarah Greek, Athena, Yunani atau apa sahaja nama yang korang kenali di tanah Eropah ini.

Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities

Acropolis Museum Athens Tickets Tours

 

Pintu masuk ke Acropolis Museum Athens ini juga agak unik. Ia bermula dengan kali lima yang diselang seli dengan cermin kaca yang mana korang boleh lihat dibawah kaki anda, peninggalan tapak sejarah Athena yang berusia ribuan tahun. 

Bangunan ini mempunyai cermin kaca yang menarik dan ia antara bangunan yang menjadi destinasi tarikan pelancong seluruh dunia. Di dalam Muzium ini, tersimpan sejarah dan cerita Acropolis yang terkenal.

Laman web rasmi Acropolis Museum Athens http://www.theacropolismuseum.gr/en

Harga tiket masuk ke Acropolis Museum ialah EUR5 sahaja. Waktu operasi adalah berbeza mengikut musim. Boleh semak di bawah :

Summer season hours (1 April – 31 October)
Monday : 8:00 a.m. – 4:00 p.m. (last admission: 3:30 p.m.)
Tuesday/Wednesday/Thursday : 8:00 a.m. – 8:00 p.m. (last admission: 7:30 p.m.)
Friday : 8:00 a.m. – 10:00 p.m. (last admission: 9:30 p.m.)
Saturday/Sunday : 8:00 a.m. – 8:00 p.m. (last admission: 7:30 p.m.)

Winter season hours (1 November – 31 March)
Monday – Thursday : 9:00 a.m. – 5:00 p.m. (last admission: 4:30 p.m.)
Friday : 9:00 a.m. – 10:00 p.m. (last admission: 9:30 p.m.)
Saturday/Sunday : 9:00 a.m. – 8:00 p.m. (last admission: 7:30 p.m.)

 

Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities Acropolis Museum Athens Tickets Tours And Activities

 

Sebelah atas tingkat 1, ada ruang Cafe dan Restoran untuk korang bersantai dan menikmati menu makanan ringan dan kopi. Bersebelahannya ada kedai cenderahati dan ia memang punyai banyak koleksi barangan gifts dan souvenir yang boleh korang beli sebagai kenang-kenangan.

 

Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens

 

Untuk info korang, dalam Acropolis Museum Athens ini ada pameran tetap. Ia lebih kepada unsur arkeologi tentang Acropolis dan sekitarnya. Dalam muzium ini ada banyak patung lama sejarah yang berkaitan dengan arkeologi Greek, Yunani, Athens etc.Ada banyak dan ia mempunyai nilai sejarah yang tiada tandingan bagi rakyat Greece.

Sebelah sudut yang lain, ada ruang pameran sampingan yang bertukar setiap musim atau tempoh mengikut kesesuaian pameran tersebut. Apa pun, ia tetap pameran yang berkaitan dengan Acropolis dan sejarahnya. 

Ada lagi koleksi cerita Athens di www.mrjocko.com/tag/athens

 

Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens

 

Jika korang datang ke sini secara berkumpulan, korang boleh untuk sertai Acropolis Museum Guide yang akan diketuai oleh mereka yang pakar tetang sejarah Acropolis. Sesi lawatan ini akan dibantu oleh wakil muzium untuk memberi penerangan kepada pengunjung mengikut informasi yang ditetapkan.

Di Acropolis Museum Athens juga ada sesi Gallery Talks, Lawatan Berpandu dari Sekolah dan juga sudut Ibubapa dan Kanak-kanak. Untuk remaja dan anak-anak bawah umur 18 tahun, masuk adalah PERCUMA. Kemudahan bilik ibubapa, stroller untuk kanak-kanak dan juga ruang makan yang selesa ada di sini.

 

Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens Acropolis-Museum-Athens

 

Secara peribadi, sangat puas hati melihat koleksi di Acropolis Museum Athens ini. Ia bukan sahaja memberi pengalaman dan informasi berguna, tetapi juga membuka mata kami tentang sejarah Greek Yunani Athena dan perkara yang berkaitan dengannya. 

Sesetengah cerita mungkin lebih kepada mitos, tetapi sebagai pengunjung, ia juga antara cerita fiksyen yang menarik untuk anda ketahui.

Terbang ke Athens melalui Singapura dengan harga promosi murah di www.flyscoot.com. InsyaAllah, kalau ada rezeki MrJocko akan ke Greece lagi, Aminnn….

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.