Hard Rock Cafe Athens Greece Ada Jual Koleksi T-Shirt Murah

Ada ramai yang tanya, destinasi pelancongan Athens ada kedai Hard Rock Cafe tak? MrJocko jawab ada. Itupun selepas MrJocko semak dalam laman web Hard Rock. Menarik. Lebih menarik bila MrJocko dapat tahu, bahawa kedai Hard Rock Cafe Athens Greece Ada Jual Koleksi T-Shirt Murah. Ya memang murah, jauh lebih murah berbanding harga T-Shirt Hard Rock Cafe di Koh Samui, The Peak Hong Kong dan juga di Ho Chi Minh.

MrJocko bukan peminat tegar Hard Rock Cafe. Tetapi, jika ada peluang berkungjung ke negara yang ada outlet Hard Rock Cafe, kami akan cuba singgah untuk beli souvenir. Ada ketika, ada kawan-kawan kirim T-Shirt dan juga Fridge Magnet untuk kenangan.

Hard Rock Cafe Athens Greece

Hard Rock Cafe Athens Ada Jual Koleksi T-Shirt Murah

 

Kalau nak tahu informasi tentang lokasi Hard Rock Cafe Athens di Greece ini boleh lawati laman web rasmi mereka di sini http://www.hardrock.com/cafes/athens/. Tapi kalau nak faham secara mudah kat mana lokasi kedai Hard Rock Cafe ini, ia terletak di belakang Stesen Metro Monastiraki, Athens.

Keluar pintu utama Stesen Metro Monastiraki dan belok ke kiri. InsyaAllah boleh jumpa hard Rock Cafe Athens.

Peta Lokasi Hard Rock Cafe Athens

http://www.hardrock.com/cafes/athens/

 

Terletak di lokasi agak tersorok, tetapi senang sahaja kalau nak ke sini. Guna Google Maps, mudah untuk jejaki. Lagipun MrJocko ketika di Greece, guna servis Pocket WiFi Samurai WiFi. Sangat mudah nak cari.

Lebih menarik, harga T-Shirt Hard Rock Cafe Athens yang dijual di sini agak murah berbanding harga yang dijual di negara yang pernah MrJocko lawati. Sehelai T-Shirt di jual dengan harga sekitar EUR25 (MYR125). Kalau yang limited edition, ia dijual dengan harga sekitar EUR30 (MYR150).

 

 

Of course ada banyak koleksi pilihan T-Shirt Hard Rock Cafe di sini. Yang jenis globe biasa, City Tee warna putih dan beberapa koleksi global dan limited edition ada banyak di jual di sini. 

Cuma, MrJocko perasan, koleksi yang dijual di sini adalah hasil ‘Made in UAE’. Ada beberapa jenis kain, ia nampak seakan lebih kepada material Polyester. Kalau tak silap la. So, kena hati-hati pilih sebab risau takut pakai lepas ni panas :).

 

Hard Rock Cafe Athens Ada Jual Koleksi T-Shirt Murah

Hard Rock Cafe Athens Ada Jual Koleksi T-Shirt Murah

 

Kalau korang juga peminat Hard Rock Cafe, boleh la baca entry blog tentang Hard Rock Cafe yang pernah MrJocko lawati dan tulis. Mana tahu ada informasi yang boleh korang jadikan panduan. MrJocko Hard Rock Cafe.

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.