Bandingkan Travel Insurance Anda Di Laman Web GoBear.com

Hits: 3091

Sebagai seorang yang selalu travel, ‘Travel Insurance’ antara perkara penting yang patut MrJocko fikirkan. Ia umpama satu ‘persediaan’ untuk MrJocko jika berlaku sebarang ‘masalah’, bencana, kecelakaan atau kemalangan ketika melancong. Nak pilih Travel Insurans lebih mudah sekarang dengan laman web GoBear.com. Ini cara bagaimana nak Bandingkan Travel Insurance Anda Di Laman Web GoBear.com.

Samada anda travel ke negara Asia, Afrika atau Eropah, hampir diseluruh dunia, korang boleh buat perbandingan pakej Travel Insurans yang terbaik untuk keperluan korang ketika travel.

Bandingkan Travel Insurance Anda Di Laman Web GoBear.com

Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com

 

Sebelum ini, memang susah nak bandingkan pakej Travel Insurans untuk mereka yang nak melancong ke luar negara. Susah sebab nak kena pergi ke satu-satu agensi atau ke laman web berbeza setiap kali nak beli pakej Travel Insurans.

Kali ini, mudah sahaja, kita layari sahaja laman web GoBear.com untuk mendapatkan info ringkas tentang travel insurance, perbandingan pakej travel insurans mengikut harga paling murah, perbandingan mengikut rating dan banyak lagi.

Mudah sahaja, pilih samada pakej untuk satu hata ataupun pergi balik, pilihan untuk berapa orang, tarikh perjalanan untuk kembara atau melancong dan juga negara yang akan dikunjungi. Selepas itu, tekan butang untuk melihat hasil carian.

Cuba lihat di http://www.gobear.com/my/travel-insurance

Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com

 

Sebagai contoh, kalau MrJocko nak beli pakej Travel Insurance mengikut harga paling murah, boleh susun mengikut harga yang murah di laman web GoBear.com. Kemudian carian yang terbaik akan dipaparkan mengikut ‘Operator Takaful’ yang menawarkan servis tersebut.

Dalam carian yang MrJocko buat, MrJocko melihat ada pakej MYR13 untuk tempoh pilihan yang dibuat dan ia harga terendah mengikut carian MrJocko.

Untuk Tips Travel di Blog MrJocko, layari http://www.mrjocko.com/tag/tips-travel

 

Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com

 

Kalau MrJocko ingin memilih mengikut ‘score’ terbaik, ini hasil yang MrJocko dapat. Syarikat Chubb International Executive menawarkan harga dan pakej terbaik mengikut pengiraan pakar. Harga memang agak mahal, tetapi coverage yang diberikan memang semua yang terbaik.

 

 

Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com Bandingkan Travel Insurans Anda Di Laman Web GoBear.com

 

 

Tetapi, jika korang ingin memilih perbandingan mengikut ‘Rating’ terdahulu, pakej AXA Smart Traveller Classic menawarkan harga dan servis terbaik. Dengan Harga MYR39 per trip, ia menerima sebanyak 8.0 out of 10. Kira bagus juga la kan?

 

GoBear.comBandingkan Travel Insurance Anda Di Laman Web GoBear.com

 

Jika korang dah puas hati dengan pilihan dan dah decide mana satu nak pilih, boleh terus klik provider mana yang memuaskan. Ia akan bawa korang ke laman web rasmi syarikat berkenaan dan boleh la dapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian Travel Insurans.

Mudahkan? Dengan laman web GoBear.com ini, ia memberikan kemudahan untuk pengguna seperti MrJocko membuat pilihan Travel Insurance dengan lebih bijak.

InsyaAllah, dalam seminggu lagi MrJocko nak travel lagi. Sudah pasti MrJocko nak kena beli pakej travel insurance yang terbaik. Sekarang, tak perlu risau, MrJocko dah tahu kat mana nak buat perbandingan Pakej Insurans atau Takaful Perjalanan dengan mudah, hanya di laman web GoBear.com

 

4 Comments on “Bandingkan Travel Insurance Anda Di Laman Web GoBear.com”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.