Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan

Hits: 136

Ini kali kedua MrJocko singgah di Sun Moon Lake. Pertama kali ke sana pada tahu n2014, tiga tahun lepas. Masa tu syiok sebab cuaca sejuk. Kali ni, ada ramai kawan tanya, bila Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan. Sebab kali ini tak banyak gambar cantik yang sempat MrJocko rakam.

Pertama sebab, masa ke sana pada bulan Ogos, ia bukan masa sesuai untuk ke Taiwan jika korang sukakan pemandangan. Ini kerana musim tersebut masih dalam transisi musim panas. Kedua, sebab MrJocko hanya berjalan di ruang utama di Sun Moon Lake sahaja. Tak punya masa untuk berjalan mengelilingi tasik seperti sebelum nya.

Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake

Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan

 

Kali ini kami hanya singgah untuk dapatkan sedikit info tentang Sun Moon Lake dari pihak yang menjaga kawasan ini. Kalau nak tahu, Sun Moon Lake antara destinasi popular sekitar Nantou kerana ia menganjurkan banyak aktiviti setiap minggu dan setiap bulan. Paling terkenal, aktiviti berbasikal dan larian marathon di sini.

Saban tahun, ramai pelancong ke sini untuk melihat sendiri tasik lagenda di Taiwan ini. Bukan sahaja ia menjadi tarikan pelancong tempatan, ia juga jadi tarikan pelancong antarabangsa. Berdekatan juga ada banyak tempat menarik untuk korang kunjungi seperti Kereta Kabel, Formosan Aboriginal Village dan beberapa hotel sekitar Nantou County.

 

Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan

 

Kalau korang bercadang nak ke Sun Moon Lake Nantou County, MrJocko syorkan korang melancong ke sini pada musim Autumn antara bulan September hingga November. Dari jauh sudah kelihatan warna kekuningan dan merah daun yang menjadikan landskap tasik ini memang cantik.

 

Masa Sesuai Melancong Ke Sun Moon Lake Nantou County Taiwan

 

Kalau nak lebih sejuk dan banyak kabus, boleh ke Sun Moon Lake musim Winter antara bulan Disember hingga Februari. Suhu sejuk boleh capai sehingga sekitar 8°C (46°F) pada waktu malam. Lebih menarik bila waktu pagi atau menjelang petang. Pemandangan sungai sangat cantik.

 

sun moon lake winter

 

Kalau nak ke sini waktu musim Cherry Blossom juga memang berbaloi, Kawasan tasik ini tak banyak sangat pokok Cherry Blossom, tetapi lokasi berdekatan sepert di Formosan Aboriginal Village memang ada pemandangan Cherry Blossom yang cantik.

Untuk info lanjut tentang percutian di Sun Moon Lake boleh layari info ini Sun Moon Lake Taiwan

Baca juga Sun Moon Lake MrJocko http://www.mrjocko.com/2014/11/sun-moon-lake-nantou-taiwan.html

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.