Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Merdeka Autofair 2017

Bersempena dengan NAZA Merdeka Autofair 2017 di Showroom NAZA World Petaling Jaya, Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950. Kedua-dua model motorsikal Ducati ini adalah antara koleksi model terbaru yang dibawa masuk oleh NAZA melalui syarikatnya Next Bike Sdn Bhd. 

Sebagai info, syarikat Next Bike Sdn Bhd ini adalah syarikat Pengimport dan Pengedar Tunggal motorsikal jenama Ducati di Malaysia.

NAZA Merdeka Autofair 2017

Naza Autofair 2017
Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri Nasimuddin Group Executive Chairman Naza World Group of Companies

 

MrJocko dan rakan-rakan dari Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) dijemput untuk sama-sama menyertai majlis pengumuman ketibaan dua model terbaru di Ducati Malaysia Petaling Jaya ini, bersempena dengan Naza Merdeka Autofair 2017.

Memandangkan MrJocko pakai Ducati Monster 795, teringin untuk turut serta dalam majlis ini dan juga berpeluang untuk ‘test ride’ motorsikal Ducati Monster 797 serta Multistrada 950 yang baharu ini.

 

Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Autofair 2017 Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Autofair 2017 Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Autofair 2017 Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Autofair 2017

 

Ducati Monster 797 Malaysia ini dijual dengan harga RM55,900 (termasuk GST) tidak termasuk bayaran lain seperti Insurans dan Roadtax. Manakala Ducati Multistrada 950 dijual dengan harga RM85,900 (termasuk GST) tidak termasuk Insurans dan Roadtax. 

Kalau nak diikutkan, harga motorsikal Ducati ini lebih murah berbanding model sebelumnya. Kalau nak beli, ada lagi tambahan ‘free gifts’ dan promosi lain yang menarik untuk semua pelanggan NAZA World.

 

NAZA Merdeka Autofair 2017 Ducati Perkenal Monster 797 Dan Multistrada 950 NAZA Autofair 2017

 

Di kalangan motorsikal Ducati, Monster antara yang paling popular kerana harga yang lebih murah berbanding model yang lain seperti Hypermotard, Streetfighter, Multistrada, Diavel dan juga superbika Panigale. Ia juga antara model popular kerana ia lebih sesuai untuk kegunaan harian di dalam bandar seperti juga model Hypermotard.

Untuk promosi NAZA Merdeka Autofair kali ini, ada tawaran menarik diskaun kepada semua pengguna Ducati di Malaysia. Ada tawaran harga diskaun motorsikal Ducati model terdahulu sehingga diskaun RM16,899, bayaran bulanan serendah RM620 sebulan, barangan merchandise diskaun sehingga 60%, jualan aksesori diskaun 65% dan juga diskaun servis sehingga 25%.

Ducati Night Ride http://www.mrjocko.com/2015/10/a-night-with-ducati-riders-and-naza-world.html

ducati monster 797 malaysia NAZA Merdeka Autofair 2017

 

Secara peribadi, model Monster 797 ni memang berbaloi untuk korang beli, jika berminat dengan motorsikal dari Itali ini. Harga boleh dikatakan murah, pilihan servis untuk model motor seperti ini dah makin banyak dan meluas serta ada banyak aksesori dan spare parts.

Berminat boleh layari laman web Naza World Malaysia www.naza.com.my atau boleh ke Ducati PJ, Ducati Sungai Buloh, Ducati Penang, Ducati Johor dan Ducati Kelantan. 

Kalau nak baca pasal Ducati Monster, boleh baca entry MrJocko sebelum ini www.ducati.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.