GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Pengalaman Terbang Bersama Flyscoot Ke Athens Melalui Singapura

Sesuatu yang baru. Kalau sebelum ini, tidak pernah ada pengalaman menaiki penerbangan Tigerair dan Scoot Airlines. Alhamdulillah, bulan Jun lepas, MrJocko berpeluang merasai sendiri Pengalaman Terbang Bersama Flyscoot Ke Athens Melalui Singapura. Ia satu perjalanan yang lain dari yang lain. Tambah lagi pengalaman menaiki pesawat 787 Dreamliner yang baharu.

Pengalaman terbang bersama FlyScoot ini ada keunikkan tersendiri. Ia umpama terbang dengan rakan lama bila mana barisan Kru Kabin untuk FlyScoot ketika itu, dinamakan Scootees antara Kru Kabin yang suka senyum, peramah dan memang banyak membantu.

Terbang Bersama Flyscoot Ke Athens

Pengalaman Terbang Bersama Flyscoot

 

Merasai sendiri susunan dan aturan untuk boarding ke pesawat oleh sebahagian Kru FlyScoot juga amat memuaskan. Walaupun pesawat ini besar dan mampu memuatkan sehingga seramai 335 penumpang, urusan untuk boarding agak teratur dan kemas.

Ruang kabin untuk pesawat 787 Dreamliner FlyScoot ini agak luas. Bahagian atas memang luas dan kita tidak rasa lemas walaupun berada dalam pesawat selama lebih kurang 12 jam penerbangan.

 

Pengalaman Terbang Bersama Flyscoot Ke Athens

Pengalaman Terbang Bersama Flyscoot Ke Athens

 

Tempat duduk di dalam pesawat agak lebar sedikit. Ia satu yang bagus jika korang punya saiz kaki yang panjang. Ruang letak majalah dan meja makan juga selesa untuk saiz Asian seperti MrJocko.

Barisan tempat duduk mengikut susunan 3 – 3 – 3. Barisan depan mempunyai barisan tempat duduk ScotBiz umpama tempat duduk Kelas Business FlyScoot. Pasti lebih luas dan selesa dengan harga tiket yang lebih murah.

Walaupun berada di Kelas Ekonomi FlyScoot terbang dari Singapura menuju ke Athens Greece, MrJocko masih rasa selesa dengan 12 jam perjalanan. Tambah lagi kalau dapat harga murah di laman web FlyScoot, sudah pasti sesiapa pun tak kisah kan?

Oh ya, bunyi di dalam pesawat juga agak senyap dan boleh untuk membuatkan korang nyenyak sepanjang perjalanan jika tidak mahu diganggu dengan enjin pesawat. Lagipun selama terbang dari Singapura ke Athens, dan kembali dari Athens ke Singapura rasanya tidak ada gegaran kasar atau ‘air turbulance’ yang mengganggu kami. Alhamdulillah. 

 

pengalaman terbang bersama flyscoot pengalaman terbang bersama flyscoot

Menu Halal Muslim FlyScoot

Makluman kepada rakan-rakan yang beragama Islam dan Muslim, jangan risau tentang makanan di dalam penerbangan Tigerair dan FlyScoot. Ini kerana ada banyak pilihan menu makanan Halal Muslim untuk korang pilih. MrJocko yakin dengan informasi halal yang diberikan kepada menu in-flight Tigerair dan FlyScoot ini.http://www.mrjocko.com/2017/07/menu-halal-flyscoot-in-flight-menu.html

Kalau beli online lebih murah dan kalau nak beli dalam pesawat pun harga dalam Singapore Dollar dan ia berpatutan.

Sijil Halal makanan di penerbangan Flyscoot ke Athens ini mendapat pengiktirafan dari pihak berwajib Singapura. Boleh semak tanda halal di menu makanan mereka di sini :

http://www.flyscoot.com/images/Meals/MAR2017/scoot_menu.pdf

Sebagai kesimpulan, untuk pengalaman terbang bersama FlyScoot dari Singapura ke Athens dan penerbangan TigerAir dari KLIA ke Singapura, kedua-duanya memberikan servis yang memuaskan. Secara peribadi saya suka menu dalam penerbangan TigerAir dan FlyScoot. Menu halal dia memang sedap dan berbaloi dengan harga. Mesti cuba lagi kalau terbang dengan TigerAir dan FlyScoot.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.