Ada Tourism Information Center Kualanamu International Airport Medan

Hits: 465

Mungkin ramai pelancong yang datang travel sendiri ke Medan melalui penerbangan ke Kualanamu International Airport. Jangan risau, di sini Ada Tourism Information Center Kualanamu International Airport Medan. Pusat Informasi Pelancong di lapangan terbang Kualanamu ini adalah dibawah kelolaan Dinas Kebudayaan Dan Pariwisata Propinsi Sumatera Utara.

Ini adalah salah satu inisiatif berterusan daripada pihak berwajib yang mengendalikan ‘Pelancongan Indonesia’ dalam usaha mempromosikan destinasi meanrik yang ada di Medan khususnya.

Tourism Information Center Kualanamu International Airport

Tourism Information Center Kualanamu Airport

 

 

Lokasi Tourist Information Center di Kualanamu International Airport ini terletak di Lantai 1 (Tingkat 1), satu tingkat dengan dewan ketibaan penerbangan domestik dan juga penerbangan antarabangsa. Ia bertujuan untuk memudahkan tetamu yang datang ke Medan untuk mendapatkan info yang jelas tentang tempat tempat menarik di Medan dan Sumatera Utara.

Untuk lihat beberapa info tentang destinasi menarik yang ada di Sumatera Utara, boleh layari laman web Tourism Sites – Kualanamu Airport http://kualanamu-airport.co.id/en/medan/tourism-sites

 

Ada Tourism Information Center Kualanamu Airport Medan

Travel Blogger Malaysia

Pusat Informasi Pelancong ini menyediakan banyak bahan pelancongan seperti Brochures, Pamphlet dan guide untuk ke destinasi yang anda minati. Kalau nak cari pakej dan itinerary yang bersesuaian ketika di Sumatera Utara, mereka boleh aturkan mengikut bajet dan juga keperluan korang.

Sebaiknya, jika tidak punyai rencana dan plan awal, pihak staff dan rakan di Pusat Informasi Pelancong ini boleh memberikan khidmat nasihat dan cadangan untuk percutian menarik korang di Sumatera Utara.

Sudah pasti, antara destinasi menarik di Medan, Indonesia termasuk Pulau Samosir, Danau Toba, Berastagi, Simalem Resort, Sipiso-piso akan menjadi antara cadangan untuk kepada semua para pelancong ke Medan.

Info Tentang Kualanamu International Airport Medan

Kualanamu International Airport atau lebih dikenali sebagai Bandar Udara Internasional Kualanamu dalam bahasa Indonesia. Ia terletak di Medan dalam daerah Deli Serdang dan terletak sejauh 26 km dari pusat bandaraya Medan. Kualanamu Airport menjadi Lapangan Terbang Kedua Terbesar di Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno–Hatta. Ia adalah airport kelima paling sibuk di Indonesia selepas turutan Soekarno–Hatta, Ngurah Rai, Juanda and Hasanuddin.

Baca tentang Indonesia di blog MrJocko di pautan ini http://www.mrjocko.com/tag/indonesia

One Comment on “Ada Tourism Information Center Kualanamu International Airport Medan”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.