GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur Untuk Semua

Hits: 1850

Ramai yang mungkin tidak pernah tahu bahawa di bandar Kuala Lumpur ada perkhidmatan bas percuma. Ya bas rapid KL percuma kata sesetengah orang Kuala Lumpur. Ramai juga yang kenalinya sebagai nama GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur Untuk Semua. 

Ada sesetengah yang lain, beri nama bas percuma KL dengan nama gelaran bas Purple. Bas Percuma KL ini beroperasi di dalam laluan Kuala Lumpur untuk memudahkan pengguna dan warga Kuala Lumpur ke destinasi dekat sekitar Kuala Lumpur.

GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur

 

GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur

Layari laman web GoKL https://www.gokl.com.my/index.html

GoKL City Bus atau GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur ini merupakan satu lagi inisiatif yang dioperasikan oleh badan SPAD Malaysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi servis pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan mensasarkan kepada Central Business District di Kuala Lumpur.

GoKL adalah perkhidmatan bas awam yang menawarkan servis percuma untuk penumpang di Central Business District (CBD) Kuala Lumpur. Ia telah dilancarkan pada 31 Ogos 2012 sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan Malaysia (GTP 2.0) dalam memperbaiki sistem pengangkutan awam bandar.

GoKL bertujuan menyediakan perkhidmatan bas bandar yang boleh dipercayai, terjangkau, boleh diakses, selamat dan selesa “pertama dan terakhir” untuk pengguna kenderaan persendirian, pengguna pengangkutan awam dan pelancong di CBD. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur.

 

GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur Untuk Semua GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur Untuk Semua

 

Laluan untuk GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur ini boleh dikatakan berada dilaluan utama di Kuala Lumpur. Jadi kalau korang berada di pusat bandar Kuala Lumpur dan ternampak bas burple bas RapidKL ini, boleh cuba naik dan alami sendiri.

Antara destinasi yang boleh korang lalu menggunakan GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur termasuk KL Sentral, Menara KL, Pavilion, Bukit Bintang, Central Market dan juga Kotaraya. Semua ini akses percuma untuk semua termasuk pelancong asing.

 

GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur

 

Waktu dan jadual operasi GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur ini ialah dari jam 6.00 pagi hingga jam 11.00 malam pada hari berkerja dan dari jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 malam pada hari cuti umum.

Manakala kekerapan untuk GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur ini pula pada waktu puncak ialah setiap 5 minit pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 4.00 petang hingga 8.00 malam waktu hari berkerja. Untuk hari cuti umum, kekerapan ialah sekitar 10 minit.

Jadi, kalau anda nak alami satu pengalaman baru melancong di dalam Kuala Lumpur, ini peluang anda untuk merasainya dengan menaiki bas percuma di Kuala Lumpur. Samada untuk sightseeing, relax, berkerja ataupun membeli belah, GoKL Purple Line Bas Percuma Kuala Lumpur antara pilihan yang terbaik dan PERCUMA

Baca Tempat Menarik di Kuala Lumpur

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.