Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism

Kali pertama ke Taiwan, MrJocko bersama rakan ke Yilan untuk merasai pengalaman memetik buah Peach, Plum dan buah Apricot. Tapi kali ini, memandangkan ia diluar musim, kami terpaksa pilih untuk memetik buah Jambu Batu atau buah Guava di Taiwan. Ini cerita Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism yang memang terkenal di Taiwan.

Selain dari buah guava, peach, plum dan apricot, pakej pelancongan Agro Tourism di Taiwan juga menawarkan pengalaman memetik buah anggur yang juga terkenal bila tiba musimnya.

Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism

penegalaman petik buah guava di Taiwan

 

Kawasan paling banyak menyediakan pelancongan Agro di Taiwan (Agro Tourism in Taiwan) ialah sekitar Yilan County. Kawasan ini agak berbukit bukau dan punyai tanah yang subur untuk pertanian banyak jenis tumbuhan. Antara buahan popular di Taiwan ialah pear, plum, peach, longan, laici, anggur, lemon, passionfruit, nenas, buah naga, pamelo, sugar apple, watermelon, belimbing dan banyak lagi.

Namun memandangkan masa kami melawat ke Yilan County kali ini, musim panas, maka buah yang sesuai pada masa ini ialah buah Jambut Batu (guava). Buah ini menjadi buah eksport yang mendatangkan hasing yang agak bagus kepada petani di Taiwan.

 

 

Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism

 

Harga untuk pakej petik buah guava di Taiwan ini tak pasti pulak. Maaf MrJocko terlupa nak tanya. Tapi kalau tidak silap, kebiasaannya mereka akan kenakan bayaran sekitar TWD100 untuk 6 biji buah Guava yang dipetik. 

Menarik sebenarnya memetik buah Jambu Batu (guava) di Taiwan ini kerana ia mempunyai lebih dari 5 jenis buah Jambu Batu yang boleh korang lihat dan sentuh. Kalau biasa kita lihat buah jambu batu yang isinya warna putih, di sini ada jambu batu yang isinya warna merah, merah jambu dan juga jambu batu yang berbentuk bukan bulat.

 

Pengalaman Petik Buah Guava Di Taiwan Agro Tourism

 

Psttt : Kalau ada peluang, korang nak tak petik buah di Taiwan bersama Mira Filzah?

Kalau korang travel ke Taiwan dengan pakej pelancongan Halal Muslim biasa, sudah pasti akan ada satu itinerary dimasukkan pelancongan Agro di Taiwan. Kalau ada, ia akan termasuk dalam jadual perjalanan korang untuk memetik buah di Taiwan. Cuma kena tunggu musim, kalau musim sejuk, biasanya ada buah anggur, pear, peach, laici etc. Kalau musim panas, buah guava paling banyak di Taiwan.

Agro Tourism di Taiwan antara yang menjadi produk sokongan badan tersebut. Boleh baca tentang Agro Tourism in Taiwan di sini. Kalau cadang nak ke Taiwan, boleh baca juga informasi ringkat di Blog Travel Blogger MrJocko ini MrJocko Melancong ke Taiwan.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.