GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana Tetapi Terbaik

Kembara kali ini ke Pulau Flores Indonesia lebih menarik kerana kali ini MrJocko akan teroka destinasi perkampungan unik di pulau ini. Memandangkan tidak ramai tahu, mungkin ramai nak tahu cerita Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana Tetapi Terbaik untuk mereka yang pernah menginap di sini.

Kawasan Wae Rebo adalah perkampungan yang jauh dari bandar Labuan Bajo (Labuhan Bajo). Dari Bandar Udara Komodo, ia memakan masa selama hampir 5 hingga 6 jam perjalanan mengikut keadaan jalanraya. Ini kerana, jalan ke sini adalah mengikuti jalan kampung dan berbukit bukau.

Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana

Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana Tetapi Terbaik

 

Sebab itu, walaupun tempat kami menginap di malam pertama, Wae Rebo Lodge adalah jenis Lodge yang biasa, tetapi ia adalah penginapan terbaik di kawasan ini.

“Untuk info, di hujung barat Pulau Flores, bandar Labuan Bajo, (atau juga dieja Labuhan Bajo) terletak tenang sebuah kawasan nelayan yang kecil dengan beberapa kemudahan aktiviti pelancong yang lengkap. Yang popular di sini ialah Biawak Komodo dan juga keindahan yang merangkumi lebih 80 pulau – Indonesia Travel”

Baca informasi tentang kupasan Labuan Bajo dari laman web Indonesia Travel http://www.indonesia.travel/en/destination/area/labuan-bajo

 

 

Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana Tetapi Terbaik

 

Perjalanan dari Labuan Bajo ke Wae Rebo Lodge tidak la selesa sangat. Tetapi itu sahaja pengangkutan yang ada di sini. Dengar kata, ada pilihan lain, dengan menaiki Bot dari Labuan Bajo yang pasti lebih jauh. Kalau betul ada bot dari Labuan Bajo ke Wae Rebo, mungkin kalau kemudian ke sini, MrJocko akan cubanya untuk ke sini.

Kami mengambil masa hampir 8 jam dari Labuan Bajo ke Wae Rebo Lodge. Ya, hanya sekitar 150km sahaja dari lapangan terbang Labuan Bajo, tetapi disebabkan ia melalui jalan kecil dan berbukit, ia lebih sukar dan lebih kasar dari jalan biasa.

 

Penginapan Di Wae Rebo Lodge Sederhana Tetapi Terbaik

 

Kami bertolak dari Labuan Bajo sekitar jam 5.00 petang. Dengan menaiki Van, perjalanan lebih mudah kerana ia lebih kecil. Tanpa rehat di mana-mana RNR, kami sampai di Wae Rebo Lodge sekitar jam 11.00 malam. Sekitar 6 jam perjalanan. Memang penat dan kalau korang jenis tak tahan dengan jalan bengkok, jangan duduk di seat belakang.

Untuk info, dua rakan media memang muntah akibat jalan yang tidak lurus. MrJocko juga hampir termuntah, namun berjaya menahan diri. Itu lah pengalaman terbaik untuk ke Wae Rebo Village

 

 

Bilik di Wae Rebo Lodge (WaeRebo Lodge) sangat simple. Hanya ada katil, tilam, bantal, bilik air terbuka dan elektrik yang akan di tutup pada tengah malam. Ia mempunya 9 buah bilik yang mana 2 bilik sahaja mempunya 2 double bedrooms dan 7 bilik lagi adalah bilik biasa yang boleh memuatkan 2 orang.

Memandangkan ia adalah terhad, sebaiknya, kalau nak ke sini, perlukan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan bilik. Kawasan ini tak banyak kemudahan hotel, lodge atau homestay. Sekali lagi TEMPAHAN AWAL amat digalakkan.

 

 

Harga untuk sewa bilik di Wae Rebo Lodge ini ialah bermula dari IDR350,000 seorang/berduan (MYR110) termasuk sarapan pagi. Untuk tambahan lain Sarapan Pagi IDR65,000 dan Makan Malam IDR65,000 seorang (MYR20). 

Berbaloi juga menginap di sini dengan kemudahan yang dikira memuaskan. Pemandangan pagi memang cantik. Servis untuk makan dan minum memang sangat memuaskan. Menu makanan halal mengikut pilihan tetamu. Terbaik…

Untuk cerita tentang Wae Rebo Village, nanti MrJocko kongsi di Travel Blog MrJocko ini. jangan lupa layari link khusus www.mrjocko.com/tag/wae_rebo.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.