Apa Yang Ada Di Puncak Menara Taipei 101 Taiwan (Gambar)

Hits: 175

Kali ketiga naik ke Puncak Menara Taipei 101, masih lagi terasa keterujaannya. Bukan sebab ia tinggi, tetapi sebab struktur binaan bangunan ini yang sangat unik. Apa Yang Ada Di Puncak Menara Taipei 101 Taiwan sehinggakan ia menjadi sangat popular dari hari ke hari.

Bayangkan, bangunan Taipei 101 ini, selepas ia di bina, ia terus menjadi ikon kebanggaan rakyat Taiwan. Terletak bersebelahan dengan shopping mall terkenal Taipei 101 Mall, ia umpama pusat utama rakyat Taiwan sepanjang tahun.

Apa Yang Ada Di Puncak Menara Taipei 101 Taiwan

Puncak Menara Taipei 101 Taiwan

 

Pertama kali MrJocko melawat puncak Menara Taipei 101 di Taiwan ialah pada company trip tahun 2014. Pertama kali juga naik menara seperti ini, teruja, kagum, takut, seram, seriau, takut tinggi, takut runtuh dan macam macam lagi perasaan termasuk gembira dan bersyukur.

Ya la sebab, kalau nak bayar sendiri naik ke sini, mungkin akan berfikir dua tiga kali. Dulu harga tiket naik ke Menara Taipei 101 cuma TWD450 (MYR50) sahaja, tetapi kini menceca TWD600 (MYR85) untuk seorang dewasa.

 

puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan

 

Di ruang bawah sebelum naik ke lift menara Taipei 101, ada beberapa kaunter untuk korang membeli tiket Taipei 101. Nak cepat, boleh beli guna mesin. Sebelah depan, ada kaunter jualan kedai cenderahati produk Taipei 101. Tak perlu nak naik ke atas.

Kalau nak tahu, lif untuk ke Taipei 101 Observation Deck tingkat 89 antara lif terlaju di dunia. Ia mengambil masa cuma 1 minit sahaja untuk naik dari bawah hingga ke tingkat 89. Pastikan korang pandai imbangkan badan dengan menelan air liur untuk elakkan dari telinga berdengung :).

 

puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan

 

Sampai di atas sahaja, korang akan nampak pemandangan satu bandar Taipei sayup mata memandang. Ada kedai kopi, kedai cenderahati, kedai cetak gambar khas, kedai aiskrim, kedai jualan setem dan juga Posbox paling tinggi di Taiwan dan banyak lagi.

Setiap sudut boleh korang guna untuk bergambar dan merakam apa yang menarik di bawah bangunan ini. Kalau takut kepada ketinggian, mungkin korang akan rasa tak selesa. Maklumlah, sesetengah sudut, ia menggunakan kaca dan nampak seperti tembus ke bawah.

 

puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan

 

Kalau ke puncak menara Taipei 101, ambil masa ke bahagian tengah untuk melihat Taipei 101 Damper. Ia berbentuk bulat dan mempunyai fungsi untuk mengimbangkan bangunan Taipei 101 jika berlaku gegaran atau angin yang kuat. Macamana damper Taipei 101 ini berfungsi, boleh lihat di YouTube.

Damper Taipei 101 ini antara benda paling takjub pernah MrJocko lihat dengan mata sendiri dengan dekat. 

 

puncak-menara-taipei-101-taiwan

 

Turun satu tingkat, korang akan lalu satu ruang kedai yang menjual hasil seni, batu zamrud, batu jed dan banyak lagi batu kristal yang menjadi kepercayaan orang Cina dan orang Taiwan khususnya. Nak beli silakan, tetapi kena ingat, harga yang dijual di sini agak mahal. Mungkin sebab ia produk yang berkualiti tinggi.

 

puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan puncak-menara-taipei-101-taiwan

 

Itu antara yang ada di Puncak Menara Taipei 101 di Taiwan. Boleh kata, banyak juga yang menarik. Tetapi, kalau belum ada kemampuan, singgah bergambar di bawah pun sudah memadai. Kalau pandai ambil gambar, sudah pasti boleh lihat keseluruhan bangunan Taipei 101 ini hingga ke puncak.

Nak lihat apa lagi yang menarik di menara Taipei 101 di Taiwan, boleh layari laman web info ini http://www.taipei-101.com.tw/en/index.aspx.

Kalau nak baca cerita tentang Taipei, baca sini www.mrjocko.com/tag/taipei

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.