GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory DIY Buat Tart Nenas Taiwan

Kuih Tart Nenas atau Pineapple Cake Taiwan antara kuih yang boleh korang beli sebagai gifts ataupun untuk di makan sendiri. Selama 4 kali ke negara Taiwan, setiap kal isebelum pulang mesti singgah di kedai kuih Tart Nenas Taiwan ini. Antara yang popular ialah Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory, ada aktiviti DIY Buat Tart Nenas Taiwan di sini.

Kalau di Malaysia, kuih tart nenas ini terkenal musim perayaan hari raya puasa dan hari raya haji. Tetapi Taiwan, ia terkenal sepanjang masa. Ia merupakan peroduk Taiwan yang bermutu dan produk makanan punyai tahap kualiti eksport ke luar negara.

Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory

Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory

 

Untuk masuk ke kedai ini, Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory adalah percuma. Ada banyak kedai dan outlet cawangan Vigor Kobo di Taiwan. Ia lebih terkenal kerana mempunyai insiatif mengeluarkan produk menu Pineapple Cake Taiwan dengan mendapat kelulusan Halal Muslim dari pihak berwajib di Taiwan.

Sebagai orang Islam, korang boleh dapatkan banyak kuih tart nenas (pineapple cake Taiwan) dengan logo Halal dan diyakini.

 

Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory

 

Lebih menarik, selain dari ‘factory tour’ yang membawa korang melihat sendiri bagaimana kuih tart nenas Taiwan ini dibuat, korang punyai peluang untuk belajar membuat kuih tart nenas cara orang Taiwan.

Pakej DIY Pineapple Cake di Vigor Kobo ini berpatutan dan korang akan didedahkan dengan cara-cara memasak resipi kuih Tart Nenas yang sedap mengikut cara orang Taiwan.

 

Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory Vigor Kobo Pineapple Cake Dream Factory

 

Sudah tentula, pengalaman membuat kuih tart nenas di Taiwan ini menarik. Bukan sahaja kerana pengalaman baru tetapi cara mereka buat pineapple cake ini berbeza sedikit dengan cara orang Malaysia membuat kuih raya Tart Nenas.

Selama hampir 30 minit, korang akan belajar menguli adunan dan memasukkan adunan tart nenas Taiwan ini ke dalam acuan yang disediakan. Setiap yang korang buat, sebanyak 6pcs akan dihadiahkan kepada koran gsebagai tanda cenderahati. Menarik bukan?

 

 
Psttt : Dengar kata ada pakej melancong Bersama Mira Filzah ke Taiwan.

Jadi kalau ke Vigor Kobo Taiwan, jangan la rasa risau untuk beli produk tart nenas Taiwan ini. Ada banyak kuih tart yang halal dan korang boleh rasa sendiri mengikut citarasa termasuk perisa asli, kacang merah, cheese, coklat, kacang dan banyak lagi.

Boleh tengok informasi lanjut pasal kedai Vigor Kobo Taiwan ini di laman web ini Vigor Kobo Taiwan http://www.vigorkobo.com/mobile_devices/en_version/03profile/index.php.

Untuk info tentang Taiwan, boleh baca banyak lagi cerita tentang Taipei di sini : MrJocko Melancong Ke Taipei www.mrjocko.com/tag/taipei

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.