GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queens Head

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queens Head Taiwan. Bukan sahaja pemandangan yang menarik di sini, tetapi Taiwan juga menawarkan tarikan geologi yang menarik dan diakui dunia antara yang unik dan terbaik. Salah satunya, Queen’s Head yang terletak di Yehliu Geopark ini.

Kalau diikutkan lokasi Yehliu Geopark ini, tidak la jauh dari pusat bandar Taipei. Hanya kira-kira 40km, ia memakan masa sekitar satu jam perjalanan kalau menaiki kereta ataupun bas. Untuk masa ini, tiada kemudahan keretapi terus ke kawasan ini.

Yehliu Geopark Queens Head

Yehliu Geopark Queens Head

 

Pulau Taiwan sebenarnya juga dipenuhi dengan ciri-ciri geologi yang menarik. Barisan pantai di Taiwan, banyak yang kelihatan cantik dan dramatik. Seperti di kawasan Yehliu ini, ia lebih kepada pantai yang berbatu dan punyai landskap yang agak menarik. 

Baca Yehliu Geopark Taiwan MrJocko Tahun 2013

Pertama kali MrJocko sampai di sini pada tahun 2013. Ketika itu, masih tak ramai pelancong singgah di sini. Jadi, agak senang untuk bergambar dengan Batu Queen’s Head Yehliu Geopark tanpa gangguan pelancong lain. Tapi kini, terpaska beratur panjang untuk mendapatkan gambar terbaik.

 

 

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head

 

Kepala Permaisuri (Queen’s Head atau dalam bahasa Mandarin di panggil 女王 頭) begitu terkenal di Taiwan. Ia seolah-olah dia satu-satunya daya tarikan yang menggamit ramai pelancong dalam dan luar Taiwan untuk ke Yehliu Geopark.

Yehliu Geopark adalah satu tanjung kecil yang mempunyai panjang sejauh 1.7km dan 300 meter lebar yang dipenuhi dengan tapak warisan geologi yang menarik. Seperti yang anda boleh bayangkan dari nama, Yehliu Geopark, ini adalah terbina dari kakisan gelombang ombak laut, lekukan batuan, pergerakan bumi dan pergerakan kerak yang kemudiannya semua menyumbang kepada pembentukan landskap geologi yang jarang sekali dilihat dan ia sangat menakjubkan.

 

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head
Yehliu Geopark Queen’s Head

Ada Rahsia Alam Semulajadi Di Yehliu Geopark Queen's Head

 

Masa ke sini, angin masih lagi kuat. Pastikan korang memakai baju yang tahan sejuk kerana ia mungkin boleh membuatkan anda tidak tahan dengan kesejukan akibat angin laut. Elakkan dari memakai kain yang nipis, kerana angin sangat kuat, mampu menerbangkan topi dan payung yang di bawa.

Pastikan juga korang memakai kasut atau selipar yang sesuai kerana sesetengah tempat agak licin.

Yehliu Geopark Queen's Head
Yehliu Geopark Queen’s Head

 

Untuk ke sini, boleh cari alamat :

Yehliu Geopark (野柳 地質 公園)
No.167-1, Kantung Rd., Yehliu Village, Wanli District, New Taipei City 20744, Taiwan.
Laman web Rasmi : Yehliu Geopark Taiwan  

Yehliu Geopark ini dibuka setiap hari dari jam 7.30am hingga jam 5.00pm sepanjang tahun. Tiket boleh dibeli sehingga jam 6.00pm pada bulan Mei hingga September. Harga tiket ialah untuk dewasa TWD50 dan pelajar dan Kanak-kanak TWD25 sahaja.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.