Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149

Sudah ramai mula bercerita tentang telefon terbaru iPhone X. Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149 nampaknya akan menjadi idaman ramai peminat smartphone di Malaysia. Harga smartphone ini antara smartphone termahal iPhone setakat ini dan dikatakan punyai segala yang terbaik.

Mengikut yang MrJocko faham, iPhone X (dipanggil iPhone Ten) adalah dicipta bersempena dengan ulangtahun ke-10 syarikat gergasi Apple yang mengeluarkan iPhone. Tim Cook, CEO Apple mengatakan ini adalah produk ‘the biggest leap’ iPhone baru berbanding iPhone yang pertama di hasilkan

Harga iPhone X Malaysia

 

Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149

 

Apa yang istimewa tentang iPhone X ini? Apple Malaysia

Yang ketara adalah rekaannya yang lebih futuristik. Ditambah dengan kualiti skrin yang punyai paparan skrin OLED, Super Retina Display dengan saiz 5.8 inci. Model jenis iPhone X adalah juga jenis kalis habuk dan kalis air untuk memastikan ia tidak mudah rosak akibat dua-dua faktor itu.

Kamera iPhone X ini mempunyai fungsi dual lens. Kamera belakang mempunyai kualiti 12MP dengan f1.8 dan juga image stabilization. Kamera depan menghasilkan kualiti 7MP dengan auto image stabilization dan punyai Portrait Mode untuk kegunaan selfie.

Untuk merekodkan video, kualiti iPhone X dilengkapkan dengan penambahbaik kualiti video 4K resolution movies dengan 60fps dan juga fungsi slow-motion video pada kelajuan 240fps. Kalau nak dikatakan sebagai pengguna biasa, kualiti video seperti ini sudah cukup untuk hasilkan video yang jelas dan baik.

 

Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149 Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149

Berbalik kepada harga iPhone X Malaysia, kalau korang nak tahu, dengan harga sekitar MYR5,000 untuk smartphone iPhone X, korang sebenarnya sudah boleh beli sebuah unit komputer iMac bersaiz 21.5 inci, atau Macbook Air 13 inci, atau 3 buah iPad Pro.

Kalau dilihat, ia seperti produk mewah yang mungkin hanya mampu dimilikki oleh mereka yang mempunyai kemampuan sahaja. Sudah pasti, sasaran Apple untuk produk ini bukan untuk orang biasa kerana ia boleh dikatakan produk ‘Limited Edition’ dibuat bersempena dengan ulang tahun Apple yang ke 10 tahun.

 

Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149
Harga iPhone X Malaysia Katanya Bermula Dari MYR5,149

 

 

Pandangan MrJocko untuk harga iPhone X Malaysia, mungkin kalau korang nak beli iPhone X, boleh fikir dulu. Kalau banyak duit, apa salahnya. Tapi kalau rasa nak jimat sikit, boleh beli dulu iPhone 8 dengan harga jualan di Malaysia sekitar harga MYR3,649, jauh lebih murah berbanding harga iPhone X Malaysia.

Baca www.mrjocko.com/tag/iphone

harga iphone x malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.