KL Fabulous Food Hunt 2017 Terokai Malaysia Dengan Makanan

Hits: 1173

Kuala Lumpur memang terkenal dengan destinasi pelancongan makanan terbaik di Malaysia. Sebut sahaja menu yang korang nak cuba, semua ada di Kuala Lumpur. Sebab itu, bertepatan dengan promosi pelancongan makanan di Kuala Lumpur, ada program KL Fabulous Food Hunt 2017 Event Terokai Malaysia Dengan Makanan.

Aktiviti Fabulous Food Hunt 2017 yang bermula di Dataran DBKL ini akan membawa korang untuk meneroka dan mencari menu-menu makanan terbaik di Kuala Lumpur dan juga berpeluang untuk menang hadiah keseluruhan sehingga berjumlah RM22,900. Wow!!!

KL Fabulous Food Hunt 2017

KL Fabulous Food Hunt 2017 Event Terokai Malaysia Dengan Makanan

 

KL Fabulous Food Hunt 2017 akan berlangsung pada Sabtu, 7 Oktober 2017 bermula di Dataran DBKL. Pengembaraan mengejar menu makanan serta ‘harta karun’ ini pasti akan mengujakan kerana ada banyak surprise dan hadiah menarik menanti korang sepanjang aktiviti.

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan pelancong asing dengan membuka peluang kepada kategori Terbuka (Open), Expat (Ekspatriat) dan juga kategori Tertutup (Close). Untuk kategori hadiah boleh semak jumlah hadiah untuk pertandingan KL Fabulous Food Hunt 2017 seperti dibawah.

 

www.redadventure.com.my

 

Bukan itu sahaja, untuk mereka yang menagmbil bahagian, ada banyak goodies bag, hadiah percuma dan juga lucky draw yang boleh korang menang. Bukan satu, bukan dua, tetapi ada banyak hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung dan juga peserta KL Fabulous Food Hunt 2017 di Dataran DBKL.

Sebagai andaian kasar, MrJocko menjangkakan pasti akan ada banyak menu pilihan makanan terbaik Malaysia ada di sini kali ini. Kalau biasa, sudah pasti rasanya ada menu Nasi Lemak orang Melayu, Char Kuew Teaw yang terkenal di kalangan kaum Cina, Capati untuk kaum India dan beberapa menu tradisional masyarakat Malaysia yang lain mungkin boleh korang jumpa di KL Food Hunt 2017.

Maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi www.redadventure.com.my. Banyak yang boleh korang dapatkan info tentang aktiviti KL Fabulous Food Hunt 2017 ini di laman web ini.

Berminat untuk sertai aktiviti menarik ini boleh hubungi terus di emel [email protected] atau zar[email protected] sebelum jam 12.00 tengahari Khamis, 5 October 2017 untuk mengesahkan kehadiran anda menyertai majlis ‘Food Hunt’ ini. Atau, lebih mudah kalau terus hubungi organizer di talian 012-2338834 (Zarina) or 019-2585844 (Haleeda).

Jangan buang masa, ambil peluang ini dan jom terokai Malaysia melalui destinasi menarik dengan pilihan menu makanan terbaik untuk semua.

Baca : www.mrjocko.com/tag/makan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.