GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Samsung Galaxy Note Fan Edition Terbaru Dari Samsung Malaysia Electronics

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan satu lagi peranti smartphone terbaru mereka yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Note Fan Edition. Ia adalah rekaan smartphone yang direka untuk memenuhi ciri-ciri telefon Galaxy Note. Khas buat peminat Galaxy Note supaya ia boleh diserasikan untuk kerja dan juga ‘kegunaan harian’.

Untuk info, peranti baru ini digunakan hasil dari teknologi engineer daripada kompenan yang belum digunakan oleh Galaxy Note 7.

Samsung Galaxy Note Fan Edition

samsung galaxy note fan edition

 

“Galaxy Note Fan Edition adalah cara Samsung untuk menunjukkan komitmen kepada peminat Note. Kami berkerja dengan rapat dan dedikasi kepada produk yang boleh diguna balik dari komponen Galaxy Note 7. Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat Note yang setia yang terus menerus menyokong produk kami. Model Galaxy Note Fan Edition ini adalah untuk anda”, kata Mr KM Liew, Ketua IT dan Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics.

Kalau ikut harga yang ditawarkan, ia antara smartphone dalam lingkungan yang ‘affordable’ dan berbaloi untuk dibeli. Dengan rekaan luaran yang jauh lebih menarik serta banyak fungsi dalaman yang ditambah baik dari rekaan Galaxy Note sebelum ini.

Ia termasuk tambah baik untuk fungi S Pen dengan pen tip 0.7mm, penulisan yang lebih lancar dan beberapa fungsi S Pen yang sangat berguna untuk semua. 

 

Samsung, Galaxy Note Fan Edition, Terbaru, Samsung Malaysia Samsung, Galaxy Note Fan Edition, Terbaru, Samsung Malaysia Samsung, Galaxy Note Fan Edition, Terbaru, Samsung Malaysia Samsung, Galaxy Note Fan Edition, Terbaru, Samsung Malaysia

Pengguna Galaxy Note Fan Edition boleh unlock smartphone mereka menggunakan fungsi biometrik teknologi, pengunaan iris mata, dan juga fingerprint recognition, yang mana fungsi ini menambah lagi fungsi keselamatan peranti anda.

Tambahan pula, Galaxy Note Fan Edition dilengkapkan dengan ‘Bixby Home’ dan ‘Bixby Reminder’ untuk membantu pengguna dalam kerja seharian. Dengan rating IP68, peranti Note Fan Edition dan S Pen adalah kalis habuk dan water resistant sehingga maksima kedalaman 5 kaki sehingga 30 minit.

Berbanding dengan Galaxy Note 7, model Galaxy Note Fan Edition ini ditambah baik dalam kelajuan processor dan kuasa bateri 3,200mAh. 

Samsung Galaxy Note Fan Edition akan mula tiba di Malaysia dari tarikh 25 Oktober 2017 di semua kedai dan kiosk Samsung Experience, authorised dealers dan juga kedai jualan terpilih. Ia akan dijual dengan harga bermula dari RM2,599.00 termasuk GST di Malaysia.  Untuk seentara ini, Galaxy Note Fan Edition mempunyai 2 warna iaitu Coral Blue  dan Black Onyx.

Berminat boleh baca informasi lengkap di sini Samsung Galaxy Note Fan Edition

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.