Rajin Rajin La Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia

Hits: 562

Siapa yang selalu travel ke luar negara, antara yang wajib kena semak setiap masa ialah semakan di laman web Jabatan Imigresen Maysia (Immigration Department of Malaysia). Sekali lagi ditekankan, Rajin Rajin La Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia untuk kelancaran perjalanan kembara korang ke luar negara.

Mungkin dalam beberapa keadaan kita akan rasa yakin bahaya kita tidak pernah ada masalah dengan Jabatan Imigresen, tetapi perlu diingat, pihak Imigresen punyai banyak kaitan dengan Jabatan yang berkaitan di Malaysia yang boleh memberi halangan kepada mana-mana pemegang Passport untuk ke luar negara.

Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia

 

Rajin Rajin La Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia

 

Untuk makluman semua, satu link semakkan mudah di laman web rasmi Imigresen ini mungkin akan memberikan info yang berguna kepada semua pemegang passport Malaysia. Ia merupakan satu Sistem Aplikasi Electronik Jabatan Imigresen Malaysia. Sistem ini merupakan status kawalan Imigresen kepada semua rakyat Malaysia.

Sebagi info, laman web ini http://sspi2.imi.gov.my adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang inginmenyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Kebiasaannya, sekiranya anda mempunyai masalah dalam hal tersebut, kena sekat untuk keluar negara, korang masih punya peluang untuk membuat rayuan dengan mendapatkan kerjasama dan bantuan dari badan yang terlibat.

 

Rajin Rajin La Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia

 

 

Ambil masa semak sekejap jika korang bercadang untuk ke luar negara sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal dari tempoh perlepasan. Ini kerana, tanpa korang ketahui, mungkin nama korang ditahan untuk keluar negara dalam tempoh beberapa bulan terkini.

Seseorang boleh dikenakan sekatan untuk travel ke luar negara di sebabkan oleh beberapa sebab termasuk pinjaman PTPTN, Bangkrup, hutang LHDN, arahan mahkamah dan banyak lagi.

Sejumlah 488,787 warganegara Malaysia telah dilarang keluar negara atas pelbagai sebab sehingga 19 Oktober 2015, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, KDN berkata antara sebab mereka dihalang ke luar negara ialah perintah mahkamah, tidak melangsaikan cukai pendapatan, tidak membayar hutang bank, serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – Malaysiakini

 

Mengikut berita Malaysiakini pada tahun 2015, hampir dari 490,000 rakyat Malaysia ditahan dari keluar negara atas beberapa sebab yang tertentu. Sebab itu, semakan awal membantu korang dari masalah ketika berurusan dengan pihak Imigresen. Kalau dah di sekat, banyak perkara yang akan rugi. Tiket, masa, duit dan banyak lagi. Sebab itu, nak lebih mudah dan senang Semak Status Perjalanan Imigresen Malaysia.

Baca 10 Tips Kembara dari MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.