Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan Gangwon Province Paling Popular

Hits: 13145

Musim Sejuk dah nak tiba. bagi kita di Malaysia, mesti teringin nak rasa bermain salji dan ski di negara yang ada musim sejuk dan salji tebal. Antara destinasi pelansongan popular di Asia, boleh cuba ke Korea Selatan. Kalau nak tahu, ada banyak tempat menarik di Korea Selatan. Termasuklah Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan Gangwon Province Paling Popular.

Daerah Gangwon adalah daerah paling sejuk dan bersalji di Korea Selatan. Di sini terletak banyak Ski Resorts dan penganjuran Ski Festival. Lagipun, kalau nak tahu, lokasi ini akan menjadi Tuan Rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 (2018 PyeongChang Winter Olympic Games).

Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan Gangwon

tempat_ski_terbaik_di_korea_selatan_01

 

Diakui, Gangwon Province adalah daerah paling banyak dituruni salji di Korea Selatan. Katanya, selama hampir 66 hari, bermula bulan November sehingga bulan Mac, daerah Gangwon akan dilitupi salji setinggi purata 250cm. Purata suhu dikebanyakkan tempat di sini ialah sekitar -4.8°c sepanjang musim sejuk (winter season). Suhu seperti ini memberikan kelebihan untuk mereka yang sukakan sukan ski dan ia waktu terbaik untuk bermain ski salji.

Daerah Gangwon di Korea Selatan ini mempunyai 8 kawasan lapangan rekreasi Ski Resorts dan antara yang popular di Korea. Setiap resort mempunyai ‘slopes’ untuk ski dan snowboarding, aturcara unik dan pelbagai pilihan penginapan musim sejuk yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Alpensia Ski Resort adalah pusat destinasi hiburan ski yang terletak di dataran tinggi setinggi 700m di atas paras laut. Ia punyai ketinggian optimum untuk manusia. Ia telah direka oleh Cuningham Group, yang sebelum ini pernah membangunkan taman tema terkenal di dunia seperti Warner Bros, Movie World dan Universal Studios.

Alpensia Ski Resort mempunyai banyak kemudahan menarik termasuk stadium utama, padang golf ekologi dan cerun ski kelas dunia serta cerun ‘ski jump’ bertaraf dunia, menjadikannya sesuai untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

 

Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan
Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan

tempat_ski_terbaik_di_korea_selatan_01 tempat_ski_terbaik_di_korea_selatan_01

 

Destinasi percutian Ski Resort lain di Gangwon termasuk Elysian GangchonHansol Oak Valley, Welli Hilli Park, Daemyung Vivaldi Park, Bokwang Phoenix Park, Yongpyong Resort dan High 1 Resort.

Jika korang tidak pernah ada pengalaman untuk bermain ski atau snowboarding, jangan risau, ia bukan satu masalah yang besar. Di setiap Ski Resort ada kemudahan untuk mempelajari cara bermain ski atau snowboarding dengan cepat. 

Tempat Ski Terbaik Di Korea Selatan

tempat_ski_terbaik_di_korea_selatan

 

Tak kira samada korang dewasa atau kanak-kanak, sukan ski adalah salah satu sukan yang agak sesuai untuk semua pringkat umur. Asalkan ikut peraturan yang ada, semua akan jadi mudah dan pasti semua orang akan bergembira dengan pengalaman bermain di Tempat Ski Terbaik di Korea Selatan ini.

 

tempat_ski_terbaik_di_korea_selatanTempat Ski Terbaik Di Korea Selatan

 

Festival VIVA SKI di Daemyung VIVALDI PARK

Daemyung VIVALDI PARK adalah kompleks empat musim yang mempunyai taman tema air, kelab golf dan juga kelab menunggang kuda. Lokasi ini ada akses mudah dari bandaraya Seoul dan ramai yang suka ke sini. Daemyung VIVALDI PARK dilancarkan pada tahun 2015, di mana tempat ini telah berkolaborasi dengan permainan Ski dengan K-food dan tahun berikutnya dengan K-Culture.

Kenapa ia popular? Kerana pakej disini termasuk bayaran untuk All-Day-Pass dengan pelajaran ski asas mendalam. Bagi Pelancong Muslim, disediakan Bilik Solat (Surau) dan juga Restoran Halal ada di dalam VIVALDI PARK.

Selain daripada bermain ski, pelancong boleh memilih untuk pergi ke Jjimjilbang (Sauna Korea), taman air, Hotspring luar atau bahkan menunggang kuda! 

Festival Ski ini kebiasaannya diadakan dari pertengahan bulan Disember hingga awal Mac di Yongpyong Resort, Ski Resort pertama Korea. Ia menawarkan pengalaman musim sejuk yang menyeronokkan dengan pelajaran cara bermain ski dan snowboarding oleh tenaga pengajar pakar. Selain tu, ada pertandingan meluncur ski dan pelbagai program serta persembahan menarik di Musim Sejuk.

Mungkin korang boleh baca ini Ski Resorts in Gangwon sebagai panduan tambahan tentang tempat ski terbaik di Korea Selatan. Jangan lupa baca juga entry Blogpost MrJocko Wow PyeongChang ya 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.